Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda

Cara Mudah untuk Kurus

Memiliki berat badan yang ideal serta bentuk tubuh yang menarik menjadi idaman setiap wanita dan juga lelaki. Jadi, kalau nak berat badan dan bentuk tubuh seperti yang diidamkan, pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup sihat mesti diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Siapa yang nak gemuk kan. Bila cakap tentang gemuk, mesti terbayang dalam fikiran ia bukanlah sesuatu yang sihat. Tapi yang gemuk boleh berubah menjadi kepada bentuk badan idaman. Semua ini tak mustahil kalau berusaha secara serius untuk kurus. Yelah, ramai yang cakap nak kurus tapi hanya di mulut saja. Ada yang sudah mula berusaha untuk menurunkan berat badan tapi tak mampu nak buat secara berterusan. Apa kata bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan ideal mengikuti Program Mudah Kurus bersama Dr Malinda.

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Untuk Program Mudah Kurus ini, Dr Malinda telah memperkenalkan Modified HCG Diet Plan iaitu revolusi baru dalam rawatan obesiti.

DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!


ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI melebihi 23

Ukuran lilitan pinggang melebihi

> 102 cm (40 inch) bagi lelaki

> 80 cm (35 inch) bagi wanita


Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :

Wanita : Peratusan lemak badan >32%

Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :

- Diabetes (Kencing manis)
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Kolestrol Tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Stroke (Angin Ahmar)
- Batu hempedu
- Kanser Payudara
- Kanser Prostat
- Kanser kolon (usus besar)
- Masalah pernafasan (respiratori)
- Masalah muskuloskeletal
- Vena varikos
- Masalah kulit
- Osteoarthritis
- Penyakit Alzheimer’s
- Gout
- Sleep Apnea
- Infertility (Ketidaksuburan)
- Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depressi

Kenali Jenis-Jenis Lemak

LEMAK OH LEMAK !! 

jenis-jenis lemak

Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama.

Kenapa jadi macam tu?

Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur ( Structural Fat )
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )

'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !
Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.

Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu?

HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak jenis 3 ini.

APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.


BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?


Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau.

Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.

BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?

Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!

BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?

▶HCG injection 125IU diambil setiap pagi.

▶Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
▶Injection – sebelum sarapan pagi

Program Mudah Kurus Dr Malinda

INJECTION BUAT SENDIRI?

Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject.

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walau bagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.

BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.

Testimoni Berjaya Dr Malinda Modified HCG Diet Plan

Ramai yang telah berjaya dalam mengikuti Program Kurus Dr Malinda, Modified HCG Diet Plan.


Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Untuk TESTIMONI lain yang telah berjaya, boleh lihat di link : 

www.drmalinda.com/2013/11/tukar-bentuk-badan-dalam-masa-23-hari.html

mellmerah-letsgetcookin.blogspot.com/2014/03/hcg-diet-program-progress.html

BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?

Kami mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga FREE GIFT sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.

Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan FREE GIFT, Hubungi kami di WhatApps ke 017 508 4430 atau email: drmalinda@gmail.com

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Mudah Sahaja! Hubungi kami dengan kadar segera melalui

WhatApps: 017-508 4430
Facebook: Dr Malinda
Laman web: Dr Malinda

Ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat!


1 ulasan for " Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda"

  1. hehe..ciktie dah kurus dah..nak tambah berat badan je sikit :)

    BalasPadam