Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Petua Mencantikkan Wajah

Petua Mencantikkan Wajah

Ramai yang ingin memiliki kulit wajah atau muka yang cantik tanpa secalit mekap. Bukan perempuan sahaja yang nak kulit cantik, kaum lelaki juga sama. Petua mencantikkan wajah daripada orang lama selalunya berkesan.

Bahan-bahan yang digunakan dalam petua orang lama pula dalah dari sumber semula jadi dan mudah didapati di rumah. Kulit juga terpelihara daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya. mungkin akan rosak jika digunakan berterusan tanpa disedari.

Nak cantik, perlu bersabar. Jangan gelojoh sehingga mencari pelbagai produk murahan yang dikatakan kulit boleh jadi putih dalam masa yang singkat sahaja. Nanti kulit rosak, kita juga yang rugi.

Petua Mencantikkan Wajah

Jom ikuti 9 petua untuk menambah seri pada wajah:

1. Melicinkan dan memerahkan kulit muka

Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: wikipedia
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek sehingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.


2. Menegangkan kulit muka

Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: greenkirana.com
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan kesan putih di muka dan menjadikan kulit kita lebih segar.


3. Menghilangkan parut di kulit


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: fit2shape.info
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama dengan dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat pada wajah.


4. Menghaluskan kulit


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: greenlitebites.com
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka beberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


5. Memerahkan bibir
Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: www.honeyassociation.com
Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah bibir akan menjadi merah seperti memakai gincu.


6. Merawat kulit berkedut


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: thetrustambassador.com
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


7. Menghaluskan kulit muka 


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: manfaat.co.id
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas. Selepas itu barulah dibilas.


8. Kulit cerah dan licin


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: resepibonda.com
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. InsyaAllah, kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.


9. Menghilangkan lebam mata


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: Pixabay
Teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu kutika hendak masuk tidur.


Begitulah antara 9 petua yang boleh diamalkan untuk mencantikkan wajah. Asalkan anda konsisten mengamalkan petua-petua ini, insyaAllah pasti dapat hasil seperti yang diinginkan.

Sumber info petua: Facebook Hijab Lense

HOTSEBAB WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN

Jangan lupa klik butang 'Share' di bawah ini dan kongsikan di laman sosial :)

2 ulasan for "9 Petua Mencantikkan Wajah"

  1. guna tomato tu best. rasa sejuk ja muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. kalau nak senang lagi, belah tomato lepas tu sapu terus kat muka. bintik hitam pun berkurang :)

      Padam