Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Status Permohonan BR1M Masih Dalam Proses

Status Permohonan BR1M 2017

Wang BR1M dah pun masuk mulai Rabu, 22 Februari semalam. Tapi masih ada juga yang belum dapat lagi walaupun statusnya adalah LULUS. Kalau dah berstatus lulus tapi belum dapat, insyaAllah akan masuk ke akaun juga nanti tu.

Saya masih belum dapat lagi sebab masih berstatus 'DALAM PROSES'. Dalam keluarga saya ni, abah, abang dan adik semuanya tertulis lulus. Kenapa agaknya tertinggal anak abah yang sorang ni? Hahaha. Nampaknya sama macam tahun lepas juga. InsyaAllah, saya termasuk dalam penerima BR1M untuk kelompok kedua.

status BR1M

Saya tahu ramai yang masih berstatus 'DALAM PROSES'. Saya faham ramai orang yang betul-betul memerlukannya. Kalau dah dapat ucapkan Alhamdulillah dan kalau belum dapat lagi sila sabar.

Tahun lepas dan tahun sebelumnya abah, abang dan adik saya wang BR1M nya terus dimasukkan ke akaun bank masing-masing tapi tahun ini dapat baucar pula. Emm pelik juga ni. Dalam borang permohonan BR1M sudah diisikan nombor akaun bank tapi dapat baucar juga. Surat untuk pengambilan baucar BR1M itu diserahkan oleh wakil ketua kampung yang datang ke rumah. Kena ambil di dewan yang telah ditetapkan. Banyak kerja pula kena buat tapi takpalah. Dapat juga merasa wang BR1M 😊

Kalau dapat wang BR1M nanti, insyaAllah sebahagian daripadanya saya akan gunakan untuk membeli goldbar. Kenapa? Sebab emas ni adalah penyimpan harga yang bagus dan harganya akan menaik dari semasa ke semasa. Kalau ada apa-apa kecemasan, boleh gunakan emas tu. Emas juga salah satu aset yang mudah untuk kita simpan. Haaa kan.. takdalah duit BR1M tu disia-siakan dengan cara ni ye dak 😉

Apa pun gunakan ia dengan sebaiknya.
Daripada rakyat ia datang, kepada rakyat ia kembali 😁

10 ulasan for "Status Permohonan BR1M Masih Dalam Proses"

  1. Hii sanar mai imsyaAllah masuklah tu

    BalasPadam
  2. cik nor punya dah lulus tapi blm dibayar lagi..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin berperingkat masuknya cik nor. insyaAllah akan masuk juga nanti :)

      Padam
  3. agaknya kawan sy pun termasuk dalam kelompok kedua la kut sebab sampai sekarang masih dalam proses huhu
    sy punya da masuk ke dalam akaun - alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah nanti status tu bertukar ke Lulus :)
      Alhamdulillah dah masuk

      Padam
    2. brim cimb da msk ke lom

      Padam
  4. Saya lulus but still x dapat lagi brim. Sedihnya rasa .

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah nanti masuk BR1M tu sis. sabar sikit je lagi :)

      Padam
  5. sudah Nk masuk bulan March, tapi still dalam proses lagi...

    BalasPadam