Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Status Permohonan BR1M 'TIDAK LULUS' bertukar ke 'DALAM PROSES'

Kisah Status Permohonan BR1M 2017

Macam-macam hal BR1M 2017 ni 😁 Ramai yang tidak menyangka, status permohonan BR1M 2017 mereka bertukar kepada tidak lulus tidak seperti tahun sebelumnya yang lulus dan layak menerima BR1M.

BR1M 2017, ada yang tidak lulus kerana berdaftar dengan SSM dan pendapatan perlu disahkan, maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggunan perlu pengesahan. Ada juga golongan individu yang berpendapatan di bawah RM1000, tidak lulus statusnya dan lain-lain lagi.

Baru-baru ni adik beritahu kawannya yang statusnya tidak lulus telah pun dapat baucer untuk ditebus di bank. Ek pelik juga ni. Saya pun sama juga. Hari tu saya semak status permohonan dan menunjukkan perkataan 'TIDAK LULUS' tertera pada laman tersebut. Tapi semalam saya saja-saja semak tertulis 'DALAM PROSES' pula. Pelik ni. Kenapa ye agaknya?

Status Permohonan BR1M 2017

Mula-mula semak status permohonan BR1M saya masih 'DALAM PROSES', kemudian bertukar kepada 'TIDAK LULUS' dan sekarang statusnya bertukar semula kepada 'DALAM PROSES'. Tak tahulah kenapa sebabnya 😶

Takpelah, kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak diberi peluang untuk merasa, redha je lah. Mungkin ada yang lebih memerlukannya 😊

Anda pula macam mana?


3 ulasan for "Status Permohonan BR1M 'TIDAK LULUS' bertukar ke 'DALAM PROSES'"