Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dapat Hadiah Jam Tangan Adidas Original

Jam Tangan Adidas Original Menjadi Milikku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Siapa yang tak seronok bila dapat hadiah kan? Tambah pula dapat hadiah yang mahal. Lagilah suka hehehe. Alhamdulillah, tak sangka saya dipilih untuk menjadi salah seorang pemenang dalam peraduan #GooseySelfie anjuran pusat beli belah MyTown KL. Hadiahnya berupa seutas jam tangan Adidas yang bernilai RM199.

Jam Tangan Adidas Original

Sebenarnya dah lama saya terima hadiah jam tangan ini, iaitu pada hujung bulan Mac. Emel telah dihantar pada pagi 19 Mac, dalam emel tersebut pihak MyTown meminta saya supaya menuntut hadiah pada hari yang sama di pusat beli belah tersebut. Tapi memang tak dapatlah nak ke sana dalam waktu yang singkat dan semata-mata nak ambil hadiah tu je kan. hehe.

Saya fikir semula, rugilah kalau tak tuntut hadiah tu. Bukan senang nak dapat hadiah macam ni. Nak tak nak saya mencari blogger yang juga pemenang dalam peraduan #GooseySelfie tersebut. Alhamdulillah, atas bantuan blogger Syafiera akhirnya jam tangan Adidas ini selamat sampai di rumah.

Sampai je bungkusan hadiah ini di rumah, teruja betul nak buka balutannya. Tengok isinya, yeayy dapat dapat jam tangan Adidas berwarna merah. Seronoknya! Memandangkan saya juga ada jam tangan, jadi jam tangan ini diberikan kepada adik. Seronoklah dia dapat pakai jam tangan Adidas original tu. hihi

Ramai juga yang sertai peraduan #GooseySelfie ni sebenarnya. Bersyukur sebab terpilih menjadi pemenang. Apa pun terima kasih kepada MyTown Shopping Centre atas hadiah yang menarik ini. 

Jom shopping di MyTown Shopping Centre, dekat dengan Ikea Damansara je 😊


6 ulasan for "Dapat Hadiah Jam Tangan Adidas Original"

  1. tahniah sis! cantik jam tu hehe makin bergaya lah lepas nie :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/sunshine-blogger-award.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis :) hehe bergayalah kita

      Padam
  2. bertuahnyaa.tahniah.cantik jam tu dgn wrna merah memang lawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih. cantik warna merah kan :)

      Padam
  3. Wahh. Tahniah Maisarah :D Bukan senang nak menang. Hadiah pon wow pulak tuh. hehehe. Tahniah tahniah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terpilih jadi pemenang :) terima kasih.

      Padam