Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Pemakaian dan Penjagaan Cermin Mata

Tips Memakai dan Menjaga Cermin Mata


Kira-kira sebulan yang lalu, saya telah menempah cermin mata baru gara-gara patah pada penyambung skru dan 'tangkai' sebelah kanan. Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk membuat tempahan di sebuah kedai cermin mata terletak di Kuala Kangsar iaitu Rizal Optometris. Menariknya, pekerja kedai cermin mata ini memberi penerangan tentang tips pemakaian dan penjagaan cermin mata kepada pelanggannya.


Jadi saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya dapat daripada kedai cermin mata tersebut untuk manfaat kita bersama.

Tips Pemakaian Cermin Mata


1. 4 jam sehari
Cuba pakai cermin mata baru sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Ini khusus untuk cermin mata baru.

2. Multifocal/Bifocal (jauh dekat)
Pada permulaan pemakaian cermin mata, elakkan daripada terus memandu. Gunakan untuk membaca atau menonton televisyen pada minggu pertama pemakaian.

3. Cermin mata lama
Sekiranya ada cermin mata lain atau yang lama, elakkan pakai secara bertukar-tukar (kejap pakai yang lama, kejap pakai yang baru).

Cara Penjagaan Cermin Mata


1. Simpan cermin mata di dalam bekas khasuntuk mengelakkan rosak dan hilang.
2. Elakkan daripada mengelap cermin mata menggunakan baju, tisu serta jenis-jenis kain kasar yang boleh menyebabkan cermin calar.
3. Sekiranya cermin mata terkena air/ air hujan, digalakkan untuk mengelap cermin mata anda. Jika dibiarkan berlarutan tanpa dilap, ia akan meninggalkan kesan tompok (watermark) pada kanta.
4. Haba boleh mnyebabkan cermin dan bingkai rosak. Jadi, elak daripada meninggalkan cermin mata di dalam kereta.

Pening/ Sakit Kepala Ketika Memakai Cermin Mata


Pening atau sakit kepala ini selalu berlaku di awal pemakaian cermin mata baru.

1. Adalah normal sekiranya mengalami sakit kepala, pening, mata rasa senak mahupun jalan rasa tinggi rendah.
2. Apabila power berubah, cara mata bekerja juga turut berubah.
3. Mata perlukan masa untuk sesuaikan dengan cermin mata baru.
4. Pening akan mula berkurangan apabila otot mata telah belajar cara terbaik untuk fokus.

Kalau dah tahu, bolehlah kita amalkan yang mana patut. Macam saya sebelum ini, main hentam je lap cermin dengan baju, tudung.. dah calar-balar baru menyesal. hihihi. Nak buat baru mahal juga. 

Bercerita tentang kedai cermin mata Rizal Optometris yang terletak di Kuala Kangsar ini, bagi saya ia adalah yang terbaik dari segi servis dan layanan terhadap pelanggan. Masuk je kedai tu terus disambut pekerjanya. Siap dihidangkan dengan teh panas sebelum tiba giliran.

Pekerjanya juga adalah berpengalaman. Saya sendiri tak tahu nak buat pilihan bingkai cermin mata mana yang sesuai untuk saya. Jadi, pekerja di situ mencadangkan bingkai yang besar sebab muka saya kecil. Otot mata kita penat pun boleh kita ketahui juga setelah mereka memeriksa menggunakan alat khas. Mereka juga tak paksa2 kita untuk membeli. Mereka berusaha untuk menerangkan secara terperinci tentang sesuatu berkaitan mata, kanta dan bingkai. Setelah seminggu pemakaian cermin mata baru, pihak Rizal Optometris menelefon untuk mengetahui perkembangan pemakaian cermin mata baru ni. Siap telefon lagi tu. Bagus servis mereka ni.

Bagi penduduk di daerah Kuala Kangsar atau yang berdekatan bolehlah cuba ke kedai cermin mata Rizal Optometris untuk membuat tempahan cermin mata dengan servis yang amat memuaskan. Cawangannya juga ada di Klebang Restu dan Taiping. 


Untuk sebarang pertanyaan ke Rizal Optometris, hubungi:

Kuala Kangsar: 05-7701034
Klebang Restu: 05-2910170
Taiping: 019-4742194

Atau klik saja Facebook Rizal Optometris.


5 ulasan for "Tips Pemakaian dan Penjagaan Cermin Mata"

  1. Cermin mata ni kena ada penjagaan yang betul.. tak boleh ambil mudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul, nak pakai lama kan.. mesti dijaga dengan baik

      Padam
  2. Sangat berguna infonya.

    BalasPadam