Mudahnya Beli-belah di Lazada Malaysia Guna MOLPay CASH di 7-Eleven
Online Shopping di Lazada Malaysia App dengan MOLPay CASH
Kini, semakin ramai yang memilih untuk membeli-belah atas talian kerana ia memudahkan, menjimatkan masa dan tenaga. Ditambah pula dengan sistem perbankan online yang semakin meluas penggunaannya. Selain itu, MOLPay CASH juga menjadi pilihan pengguna untuk membuat pembayaran ketika membeli belah atas talian. Beli-belah di Lazada Malaysia juga jadi lebih mudah dengan install aplikasi di telefon pintar. Apabila sudah install, hanya klik aplikasi tersebut, cari barang dan bayar. Mudah kan? Bagi anda yang masih belum memuat turun aplikasi Lazada Malaysia, anda boleh muat turun di App Store atau Google Play Store.
Baru-baru ini, saya mencuba MOLPay CASH untuk membuat bayaran setelah selesai membeli-belah di Lazada Malaysia. Kebetulan, duit yang ada di tangan cukup untuk buat bayaran. Saya gunakan duit tersebut untuk membuat pembayaran tunai di kaunter kedai serbaneka 7-eleven. Jadi, duit yang ada dalam akaun bank tidak diusik. Memang memudahkan pengguna.
Emm... Anda tahu atau pernah dengar tentang MOLPay CASH?
Bayar Tunai Guna MolPay CASH di 7-Eleven
Ia menjadi alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, jarak rumah jauh dengan bank, nak bank in melaui CDM tetapi ada sen yang tak boleh masuk dalam mesin atau masalah tidak cukup wang dalam akaun bank untuk online shopping. Contohnya, anda ingin beli barang di Lazada Malaysia tapi duit yang ada dalam akaun bank tidak mencukupi untuk membuat bayaran. Jadi, pengguna boleh buat bayaran secara tunai di mana-mana kedai 7-Eleven menggunakan MOLPay CASH.
Untuk pengetahuan anda, kaedah pembayaran MOLPay CASH adalah percuma, tiada sebarang caj tambahan dikenakan apabila anda menggunakannya, salah satu kaedah pembayaran utama di Asia Tenggara.
Saya masih ingat lagi cara membeli-belah di aplikasi Lazada Malaysia dan membuat bayaran menggunakan MOLPay CASH. Jadi, saya ringkaskan caranya langkah demi langkah untuk anda:
Cara Untuk Shopping di Lazada Malaysia App dan Buat Pembayaran Guna MOLPay CASH di 7-Eleven
Langkah 1: Klik aplikasi Lazada Malaysia di telefon pintar anda untuk membeli-belah, pilih barang , kemudian teruskan untuk checkout dan pilih MOLPay CASH sebagai cara pembayaran.
Ambil gambar, cetak atau screenshot maklumat transaksi seperti Transaction ID, kod pengesahan dan jumlah.
(Selepas anda dah confirm buat bayaran menggunakan MOLPay CASH, bayaran mestilah dibuat dalam tempoh 2 hari dari waktu dan hari anda confirm di laman web Lazada Malaysia. Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, anda dikira telah membatalkan order.)
Langkah 2 : Pergi ke kedai 7-Eleven yang terdekat untuk membuat pembayaran.
Langkah 3 : Beritahu juruwang nak buat bayaran MOLPay CASH.
Langkah 4 : Tunjuk screenshot ID Transaksi dan Kod Pengesahan kepada juruwang.
Langkah 5 : Setelah jumlah bayaran telah disahkan dan dibayar, kakitangan 7-Eleven akan mengeluarkan resit sebagai bukti pembayaran.
Mudah bukan? Beli barang online tapi boleh bayar secara tunai. Lebih selamat sebab kita sendiri yang bayar dan dapat resit bukti pembayaran.
Tak perlu risau lagi lepas ini untuk beli-belah secara online. Jom membeli-belah secara selamat dan selesa di aplikasi Lazada Malaysia dengan MOLPay CASH.
mol ni macam pengganti bayar guna mesin atm la lebih kurang kan. makin mudah dah sekarang. terima kasih atas perkongsian
BalasPadamMudah sangat..
BalasPadamthanks atas perkongsian.. semakin mudah sekarang ni..
BalasPadamsekarang semua mudah kan
BalasPadamOo boleh la cuba lain kali
BalasPadamJanji Kita