Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadiah Istimewa Mug Bergambar Sempena Hari Ibu

Hadiah untuk Hari Ibu


Hadiah untuk Hari Ibu | Bulan Mei ada hari yang istimewa untuk insan bergelar ibu. Para ibu akan diraikan sempena Hari Ibu pada 14 Mei 2017. Wah, bolehlah raikan Hari Ibu bersama ibu tersayang nanti.

Motto Mug Comel Tema Happy Mother's Day dari BestSub Malaysia


Sudah merancang nak bagi hadiah apa kepada ibu? Terdapat pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan wanita boleh dijadikan hadiah kepada ibu. Tetapi kali ini saya memilih mug untuk diberikan kepada ibu tersayang.

Mug, Hadiah hari ibu, Mother's Day

Mug bukan sebarang mug. Mug istimewa untuk ibu ini diletakkan gambar emak dan saya. Walaupun hadiahnya hanya mug, tetapi ia pasti memberikan kenangan terindah buat ibu. Pasti kita sentiasa berada dalam ingatan mereka.

Inilah Motto Mug sempena Hari Ibu yang dihadiahkan kepada emak saya.

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Bahagian dalam mug

Saya suka sangat dengan Motto Mug yang comel ni. Emak saya lagilah suka. Cantik katanya sambil tersenyum 😁 Yang menarik perhatian saya ialah bahagian luar mug ini penuh bercorak yang cantik macam dalam gambar di atas dan bahagian dalam dipenuhi dengan motto Happy Mother's Day yang berwarni-warni. Tak rugi kalau membeli hadiah unik dari BestSub Malaysia untuk ibu tersayang.

Kalau anda nak tahu, terdapat tema lain untuk Motto Mug selain daripada tema Hari Ibu iaitu Happy Birthday dan I Love You. Nak jadikan hadiah untuk kawan sempena sambutan hari lahir boleh, nak jadikan hadiah kepada kekasih pun boleh. Tak perlu pening nak fikir design apa nak letak pada mug. Beritahu je nak design macam mana dan tema, mereka akan designkan.

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Harga bagi sebiji mug pula amat berpatutan. RM30 sahaja untuk satu Sublimation Motto Mug dari BestSub Malaysia yang comel dan penuh bercorak ini.  Boleh sangat kalau nak hadiahkan mug comel ini untuk ibu tersayang. Asyik hadiahkan barangan yang sama je, apa kata untuk Hari Ibu kali ini wujudkan kelainan dengan menghadiahkan mug kepada ibu.

Best Sublimation Expert - BestSub Malaysia


Untuk pengetahuan anda, BestSub Malaysia adalah pakar dalam pembuatan dan pemasaran heat press machine, mesin pemotong, pembekal sublimation, photo crystals, badges, kain, bahan-bahan untuk pengiklanan dan perkhidmatan percetakan yang berkaitan yang sesuai dijadikan hadiah korporat, cenderamata, hadiah peribadi dan lain-lain.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan Sublimation Motto Mug yang kreatif untuk pelbagai tema, anda boleh menghubungi BestSub Malaysia melalui:

BestSub Malaysia , Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)

Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang , Selangor.
No. telefon: 019-9858151 (Ms Elaine) atau 019-3231515 (Mr Steven)

Waktu bekerja: Isnin-Sabtu (9 pagi - 6 petang)


3 ulasan for "Hadiah Istimewa Mug Bergambar Sempena Hari Ibu"