Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramadhan yang Mulia Kini Tiba!

Ramadhan Bulan Mulia


Alhamdulillah, setelah sebelas bulan menanti akhirnya Ramadhan yang mulia kini tiba. Seronoknya!
Esok merupakan 1 Ramadhan 1438H, hari pertama umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa. Alhamdulillah syukur sangat Allah masih memberi rezeki berupa peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Di kesempatan ini Mai nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kerana Allah kepada semua umat Islam. Ramadhan Kareem! Semoga kita semua dapat menghayati bulan Ramadhan kali ini dengan sepenuh penghayatan. Jaga apa yang patut dijaga, lihat jangan sebarang lihat, cakap jangan sebarang cakap.

ramadhan, ucapan ramadhan, puasa

Suka sangat bila Ramadhan datang. Rasa tenang je nak selesaikan kerja. Buatlah apa saja amalan kebaikan insyaAllah Allah akan kurniakan berlipat kali ganda pahala dalam bulan Ramadhan ini. Ruginya kita jika mengabaikan Ramadhan.

Apa lagi, jom sama-sama kumpul pahala dengan melakukan ibadah dan amal kebaikan kerana Allah. Bulan Ramadhan inilah kita mesti cuba untuk berubah menjadi lebih baik dan perubahan positif itu akan dibawa kepada bulan seterusnya serta menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang terbaik untuk kita didik nafsu yang sebelum ini selalu kita turuti. Nafsu akan kalah dengan lapar.

Akhir kalam, semoga kita bersungguh-sungguh dalam ibadah dan melakukan amal kebajikan dalam Ramadhan ini, InsyaAllah. 

Esok puasa, jangan buat-buat lupa 😁



4 ulasan for "Ramadhan yang Mulia Kini Tiba!"

  1. Salam Ramadhan mai.. Selamat menjalani ibadah puasa tahun ni

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa sis :)

    BalasPadam
  3. Salam ramadan. Moga ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas.
    Janji Kita

    BalasPadam