Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Endang Hyder Cover Lagu-lagu Popular Guna Biola. Serius Sedap!

Bakat Endang Hyder Cover Lagu Popular Guna Biola


Pertama kali Mai tonton video Endang Hyder cover lagu menggunakan biola masa di Facebook. Memang sedap bunyinya! Indah alunan biola daripadanya. Terus jatuh cinta untuk dengar dan terus dengar. 

Lepas tu Mai terus cari di Youtube pula. Rupanya banyak dah lagu yang Endang Hyder cover menggunakan biola. Kagum betul dengan kebolehannya sehingga dapat menghasilkan alunan muzik daripada biola yang sangat indah didengar.

Siapakah Endang Hyder?


Endang Hyder atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder Zainuddin merupakan seorang seorang guru muzik yang memiliki sebuah akademi muzik iaitu Aizel Academy of Music yang terletak di Ukay Boulevard, Hulu Kelang. Cikgu muzik ini juga adalah seorang isteri dan juga ibu.

Endang Hyder, cover lagu Zalikha

Beberapa lagu yang popular sekarang ini seperti Despacito, Zalikha, Aisyah, Jampi, Menahan Rindu, Sejati dan lagu-lagu yang lain Cikgu Endang cover menggunakan biola. Jom dengar salah satu lagu cover hasilnya, lagu Zalika (Floor88) ...



Sedap kan? Tak jemu dengar. Asyik nak ulang je. hehehe. Memang berbakat Cikgu Endang yang mula belajar muzik seawal usia 8 tahun ini.

Kalau nak kenal Cikgu Endang dengan lebih dekat lagi, like saja page Facebook miliknya, Endang Hyder, Instagram Endang Hyder dan subscribe channel Youtube Endang Hyder untuk tonton video pelbagai lagu versi cover hasilnya.


4 ulasan for "Endang Hyder Cover Lagu-lagu Popular Guna Biola. Serius Sedap!"