Kucing Pun Pandai Merajuk
Perkara Comel Tentang Kucing
Rupanya kucing pun pandai merajuk. Nasib baik tetap comel macam tuan dia walaupun tengah merajuk 😂 .
Kisahnya petang semalam, marah Abby, kucing Mai sebab dia selerakkan surat khabar. Tapi bukan marah betul-betul pun. Acah-acah marah manja je kat dia. Lepas tu terus je dia berlari keluar rumah. Mai pun ikut la dia nak pergi mana.
Ingatkan ke mana la dia nak pergi. Rupa-rupanya ke reban ayam hahaha. Nasib dekat je. Tepi reban ayam tu ada satu bakul besi kosong yang bersih. Abby masuk dalam bakul tu sembunyikan diri. Elehh... ingat Mai tak nampak dia la tu.
Mai pun pergi dapatkan Abby. Tapi dia lari pula. Bukan ke mana pun, lari masuk rumah je. Cari punya cari, atas almari pula dia menyorok. Pandang muka Mai pun dia tak nak. Mai pun ambil dan peluk dia. Boleh pula dia jelir lidah macam tengah dahaga tu. Selalunya takda macam ni pun. Gosok-gosok dagu dan kepala dia pun tak jadi juga. Bagi wetfood pun tak mahu juga. Tiba-tiba je jadi memilih, pergi dekat orang lain nak bermanja. Adoi.. merajuk betul Abby ni. Susah hati bila dia merajuk. Rasa macam hilang saudara je bila dia taknak layan kita haha.
Abby ni manja sangat, dibela dari kecil lagi bersama kakaknya, Memey. Tak pernah marah atau pukul pun. Sekali dia kena marah, terus merajuk. Tapi tengah merajuk pun comel. Bila dia merajuk, rasa macam adik sendiri yang merajuk siap kena pujuk pula tu. Beberapa jam kemudian barulah dia ok nak manja dengan kita. Abby..abby.. geram sangat sebab dah pandai nak merajuk 🐱
Budak Abby yang comel sangat |
Kucing pun ada perasaan juga kan. Cuma kita je yang tak pandai nak faham dia sebab dia tak sama macam manusia. Contohnya, kucing pun tahu marah kalau anaknya diusik. Orang yang rapat dengan mereka pasti lebih memahami tentangnya. Mai terfikir, macam manalah agaknya kucing rasa ketika mereka diseksa. Sedih sangat bila tengok video ada segelintir manusia yang tergamak membunuh kucing dengan kejam tanpa rasa kasihan.
Apa pun, kita perlu sentiasa saling mengasihi sesama makhluk. Tak rugi pun kita buat begitu kerana setiap ciptaan Allah ada manfaatnya.
alololo..comelnye abby majuk
BalasPadamcomel sangat. first time dia macam ni hihi
PadamComeinya kucing merajuk. Sian kat dia
BalasPadamtu la kesian dia tapi comel hehehe
PadamBetul...kucing kak PC kalau kena marah merajuk sembunyi bawah pokok pulasan...panggil la sampai nak putus urat kentot...dia buat tak peduli...kecuali kita pegi dekat dia...cakap elok-elok...cakap sorry...ha baru baik mood dia..mereka tak ada akal tapi beremosi..
BalasPadamcomeinyeee..macam manusia pulak hehehe. saje la tu nak test tuan dia hihi
PadamKucing saya pun macam tu, kalau dimarah, dia senyap lepas tu lari keluar, cari mana-mana port lapang dia guling kat situ. Tapi ni, dah 21 hari dia keluar, tak balik-balik, manalah dia pergi agaknya.
BalasPadamApalah yang dimakan, kat mana agaknya dia berteduh. sedih.
sedihnya :( kucing saya jantan hilang macam tu je. yang ni tak marah pun. tak tau la pergi mana dia
PadamAtoto comelnya Abby. Kalau dilayan mmg mcm budak kecik perangai diorg ni
BalasPadambetul tu.. suka manja-manja diorang ni ;)
PadamKucing Bonde pon kuat merajuk juga...
BalasPadamboleh la kucing bonde kawan dengan Abby ni hihi
PadamComelnya abby. Sama mcm kucing dekat rumah mertua kak ana. Attention seeker sgt. :)
BalasPadamtu la pasal..hihi..manje terlebih
PadamManjanya c Abby... Merajuk sampai ke reban ayam :D :D
BalasPadamtau takpe..nasib baik tak pergi london hihihi
Padammengada sangat nih...hehe
BalasPadamAbby memang manja..tu kalau sekali kena marah terus merajuk terus. ngade sungguh ni haha
PadamHahhaha... tapi mujurlah tuan dia pujuk ya.
BalasPadamColor sama macam kucing Mrs. A yang nama Marble
tak boleh kalau tak pujuk..susah hati tuan dia hihi
Padamkucin mmg kuat merajuk..huhu
BalasPadamuntung kucing.. merajuk ada yang tolong pujuk. huwaaaa kita mrajuk xdak sapa nak pujuk..
BalasPadam