Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Puding Sagu Kuah Kastard Mudah Lagi Sedap

Resepi Puding Sagu Kuah Kastard yang Sedap


Sedapnya puding sagu kuah kastard. Memang menjadi kegemaran Mai puding ni. Sebelum ini selalu buat puding sagu gula melaka. Ini pun sedap juga. Tapi kali ini kuahnya ditukar kepada kuah kastard. Padan sangat dimakan bersama sagu, lebih-lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Sedapnya!

Puding Sagu Kuah Kastard

Cara nak membuat puding ini juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Mai buat puding sagu kuah kastard ni pun sebab bahan-bahannya memang dah ada di rumah. 

Jom ikuti cara-cara untuk membuat puding sagu kuah kastard yang mudah lagi sedap ini. Resepi ini asalnya daripada Azie Kitchen. Memang Mai ikut sebijik resepi Kak Azie ni cuma tak letak jagung manis semasa menghidang je. Puding yang anda patut cuba sebab sangat mudah disediakan.

Puding Sagu Kuah Kastard

Sagu
1 cawan biji sagu - saya guna yang berwarna hijau.
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Pewarna kegemaran - saya tak tambah sebab guna biji sagu siap warna
Jagung manis - saya tak letak

Cara-cara membuatnya:
Biji sagu direndam lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.

Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna yang warna yang anda sukai dan kacau menggunakan garfu.

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Kuah Susu Kastard

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan di atas dan masak sehingga semuanya larut. Sentiasa kacau hingga mendidih.

Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu dan jagung manis.

Cara menghidang:
Keluarkan sagu daripada acuan dan masukkan dalam mangkuk. Tuang kuah susu kastard. Letak sesudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan ketika sejuk.

Puding Sagu Kuah Kastard

Selamat mencuba!


4 ulasan for "Resepi Puding Sagu Kuah Kastard Mudah Lagi Sedap"

  1. Boleh Cuba ni. Nampak sedap Dan Cara buat pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah dan sedap puding sagu kuah kastard ni. memang patut cuba.

      Padam
  2. Sedapnya kalau dapat makan sejuk-sejuk

    BalasPadam
  3. sedapnya! Terima kasih kongsi resepi, boleh mencuba nanti :)

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    BalasPadam