Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sudah Dapat Suntikan Vaksinasi HPV?

Suntikan Vaksinasi HPV

Alhamdulillah, Mai dah dapatkan suntikan vaksinasi HPV. Selasa (18 Julai 2017) merupakan temujanji pertama untuk suntikan dos 1. Anda sudah dapatkan suntikan ini? Kalau belum, cepat-cepat buat temujanji di Klinik Nur Sejahtera LPPKN terdekat atau Pusat Kesihatan IPTA anda. Lagi cepat anda bertindak, lagi bagus.

Seingat Mai, lama dah bagi nama di klinik, dalam tahun ni juga.  Tapi dapat panggilan untuk temujanji suntikan dalam bulan Julai ini sebab bekalan vaksin baru ada bulan ni. Tak kisahlah. Janji dapat suntikan ni. 

Kali ini Mai kongsikan info tentang suntikan vaksinasi HPV yang sememangnya memberi kebaikan kepada kaum wanita.

Program Vaksinasi HPV

Kerajaan, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak. Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai 'catch up' group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim.


Apa itu Human Papillomavirus (HPV)?

HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.

virus HPV, kanser serviks, kanser pangkal rahim

  • Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
  • Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.

Tentang Kanser Serviks yang patut ambil tahu

Di Malaysia, kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.

Vaksinasi HPV

  • Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
  • Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
          Dos 1: Tarikh vaksinasi pertama diberikan
          Dos 2: 1 bulan selepas suntikan pertama
          Dos 3: 6 bulan selepas suntikan pertama

Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kriteria wanita layak di bawah Program Vaksinasi HPV

  • Bermula Januari 2017, pemberian vaksinasi HPV secara percuma melalui program ini adalah kepada wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996. Anda boleh dapatkan suntikan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.
  • Tidak hamil.
  • Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

Kesan sampingan daripada suntikan vaksinasi HPV

Vaksinasi ini adalah selamat - Jawatankuasa Penasihat Sedunia Untuk Keselamatan Vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik (Human Papillomavirus Vaccines WHO Position Paper 10th April 2009).

Seperti vaksinasi lain, anda mungkin mengalami sedikit kesakitan, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan. - Tangan Mai yang kena suntik tu rasa lenguh sangat, berlarutan sampai keesokan harinya. Lepas tu ok dah.

Demam, pening kepala, loya atau muntah.

Sekiranya anda mengalami masalah akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Penting!
  • Pastikan anda melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan.
  • 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.


Tempat mendapatkan vaksinasi HPV

Vaksinasi HPV boleh didapati di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara kecuali Klinik Nur Sejahtera Ampang dan Klinik Nur Sejahtera Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA.

Vaksinasi adalah PERCUMA. Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan hanya untuk pemeriksaan kolesterol dan gula sahaja.

Pelbagai soalan yang kerap ditanya dan jawapan tentang Program Vaksinasi HPV boleh dirujuk di > Soalan lazim tentang Program Vaksinasi HPV


Sumber: Pamphlet Program Vaksinasi HPV, laman web rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.


8 ulasan for "Sudah Dapat Suntikan Vaksinasi HPV?"

  1. Balasan
    1. semoga kita dapat manfaat daripadanya

      Padam
  2. Mama x ingatlah dah ambil ke belum

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah ambil, pihak LPPKN akan bagi kad

      Padam
  3. waa.. thanx untuk info nih dik.. rasa dah boleh cak kat klinik2 berhampiran ni..

    BalasPadam
  4. dipersilakan share kak ain ;)

    BalasPadam
  5. kite pun dah dpatkan suntikan rini..

    BalasPadam