Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gayatnya Memandu Sebelah Kenderaan Besar di Jalan Raya!

Gayat Ketika Memandu


Gayatnya apabila memandu sebelah kenderaan besar di jalan raya! Mungkin Mai je macam ni kot hehe. 
gayat ketika memandu
Sumber: Google

Kalau memandu bersebelahan dengan kenderaan yang lebih kurang sama saiznya, Mai ok je. Tapi bila sebelah kereta ada kenderaan besar seperti lori besar atau bas... kecut perut dibuatnya. Rasa nak menjerit pun ada kalau waktu memandu tu kenderaan besar lalu di sebelah. 

Kalau Mai jadi penumpang pun, sama je gayatnya. Siap tutup mata bila lori besar lalu. Aduhhh.. Abah Mai gelak je lah. haha. Entahlah macam mana pula rasa gayat ni boleh datang. Mungkin sebab berita-berita kejadian kemalangan yang membuatkan Mai rasa gayat dan takut. 

Ingat lagi semasa ujian memandu dengan JPJ beberapa tahun lepas. Memang betul-betul ada lori besar lalu ketika sedang memandu. Haishhh. Takkan nak menjerit depan abam JPJ tu pulak kan. Nak tak nak Mai teruskan je memandu sambil baca macam-macam ayat dah. haha. Alhamdulillah, lulus jugak masa tu.

Mai ada terfikir juga. Macam mana cara nak atasi masalah gayat ni. Mungkin kalau Mai tak terlalu fikirkan yang bukan-bukan, akan kurang rasa gayat. InsyaAllah boleh kan.


*** 

Jangan sia-siakan akaun Blog, Facebook, Instagram dan Youtube anda. Anda boleh jana pendapatan dengannya. Konsepnya mudah, anda kongsi anda dapat wang.
Memang mudah, klik SINI segera untuk sertainya. 


8 ulasan for "Gayatnya Memandu Sebelah Kenderaan Besar di Jalan Raya!"

  1. kalau dah biasa drive, tak heran dah besau kecik kenderaan sebelah. hehe

    BalasPadam
  2. Hahaha nasib baik airah tak macam tu kalau tak susah la nak bawak kereta.mai kena kuatkan semangat dan jangan fikir buruk2.bawak je dengan confident dan ikut peraturan.yang lain tawakal je

    BalasPadam
  3. Mula2 je tu.. lama2 nanti okay la ;) Stay strong ~

    BalasPadam
  4. I feel u sebab kak ana ada perasaan yg sama. Hehe. Baik masa memandu atau jadi penumpang. Hehe

    BalasPadam
  5. betul mai jgn fikir sgt...ingat masa abam JPJ tu mai ok blh maintain... mesti dpt atasi gak klu tak pk sangat kan...

    BalasPadam
  6. Kalau kenderaan besar tu jenis yang suka masuk lorong orang lain, memang biasa la kalau rasa gayat tu

    BalasPadam
  7. Haha. Samalah kita, apa pun saya dah jadi follower awak. Salam perkenalan,

    BalasPadam