Kalau Benci Makan Sayur, Minum Green Dinosaur Juice Works
Green Dinosaur daripada Juice Works
"Habiskan sayur-sayuran anda atau anda tidak and dapat pencuci mulut!". Ibu anda mungkin menggoda anda sebegini apabila anda masih kecil. Apabila anda semakin dewasa, anda mungkin pernah menggunakannya sebagai motivasi untuk mengambil makanan hijau anda setiap hari. Jika anda seorang ibu atau ayah sekarang, anda mungkin menggunakan helah yang sama pada anak-anak anda.
Juice Works tahu sayu-sayuran hijau bukanlah makanan kegemaran untuk setiap orang. Tetapi selalu ia mempunyai lebih daripada satu cara untuk mendapatkan nutrien yang luar biasa dari sayuran berdaun itu. Mengapa anda perlu memaksa diri anda jika anda tidak suka memakannya? Minum sahaja ia!
Dan terdapat begitu banyak kombinasi yang hebat dan rasa yang didapati di kiosk Juice Works yang boleh membuat anda berfikir semula mengenai hubungan anda dengan sayur-sayuran.
Khususnya untuk bulan Julai - dengan musim lychee yang lebat ini – Juice Works ingin memperkenalkan kepada anda minuman kami yang lazat, Green Dinosaur! Mengapa dinosaur? Kerana ia terdiri daripada banyak kebaikan yang terlalu lazat untuk ditolak!
Apa yang ada di dalamnya? Ia mengandungi bayam, biji chia, kapur, lychee (tentu saja!), jus tropika dan ais krim vanila rendah lemak - semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.
Warna hijau semulajadi yang menakjubkan dari minuman ini berasal dari bayam, yang dikenali sebagai salah satu sayuran terbaik untuk dimakan dan ia telah disenaraikan sebagai Superfood oleh sesetengah ahli nutrisi.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Popeye the Sailor begitu suka bayam? Ia adalah kerana sayur-sayuran berdaun ini kaya dengan larut air dan vitamin larut lemak, pelbagai fitonutrien, dan banyak klorofil. Ia juga adalah sumber mineral magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K dan E, dan folat. Ia mempunyai kalsium, kalium, Vitamin A, mangan, dan juga tembaga!
Sebagai tambahan untuk kewangian, ia di tambahkan dengan laici untuk keharuman, kemanisan dan airnya! Rasa keenakkan laici - ya, ia sangat baik dan ia juga adalah makanan kegemaran legenda imperial Yang Guifei, salah satu Empat Gadis Tercantik dari Cina Kuno - buah kecil ini penuh dengan kebaikan.
Ia kaya dengan Vitamin C antioksidan, dan dikenali sebagai salah satu buah dengan kepekatan polifenol tertinggi di kalangan buah-buahan - termasuk rutin, yang merupakan bioflavonoid yang dikenali untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai quercetin, antioksidan yang kuat dengan sifat anti-radang, serta kaempferol yang dikenali untuk manfaat kanser dan manfaat jantungnya.
Oleh itu, jangan menyeksa diri anda dengan pinggan sayur-sayuran lagi. Dapatkan cawan anda ** Green Dinasour hari ini!
**Green Dinosaur Dinosaur boleh didapati di dalam tiga jenis saiz: Junior (250mL) RM8.95; Midi (450mL) RM9.95; Dan Kuasa (650mL) RM10.95.
P/s: Tidak pasti apa itu anti-oksidan? Jangan risau. Secara ringkasnya, ia adalah sumber pertahanan yang diberikan oleh alam semula jadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Mereka juga boleh membantu melambatkan proses penuaan.
MENGENAI JUICE WORKS Malaysia
Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.
Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kiosk tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.
Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.
Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 28 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.
laici, ais krim vanila smestinya favourite! Mcm best je jus ni :)
BalasPadamdah minum.. sedap!!!
BalasPadam