Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kamu Mengaku Sudah Kaya?

Kaya Harta di Dunia


Aku kaya! Benarkah dengan memiliki pelbagai jenis aset di dunia ini sudah membuatkan kita cukup kaya?

kaya, miskin, kaya harta
Sumber: Google


Terkesan dengan ayat pesanan perkongsian daripada sebuah channel di Telegram, tak ingat pula channel yang mana satu...

Jangan mengaku diri tu sudah kaya, kerana Allah itu lagi Maha Kaya memiliki segala isi di dalam dan di luar bumi.

Dalam surah Luqman ayat 26 yang bermaksud, "Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji".

Jadi, jangan pernah sombong dan angkuh dengan apa yang dimiliki kerana semuanya milik Allah. Yang penting, sentiasa bersyukur kepada Allah dengan setiap rezeki pemberian-Nya walaupun kecil.

Ada orang cari harta kerana cintakannya
Ada orang cari harta kerana mahu kaya
Ada orang cari harta kerana mahu orang lain bahagia
Ada orang cari harta kerana mahu puaskan hati
Ada orang cari harta kerana mahu bantu diri sendiri
Ada orang cari harta kerana niat yang satu, iaitu kerana Allah cinta hakiki.

Teringat kata-kata seorang ustaz, kalau kita lakukan sesuatu kerana Allah, InsyaAllah kita akan dapat banyak hasil daripadanya berbanding melakukan sesuatu hanya kerana perkara tertentu, maka itu sahajalah yang dia akan dapat.

Jom muhasabah diri.


1 ulasan for "Kamu Mengaku Sudah Kaya?"

  1. Terima kasih atas peringatan. Betul jangan sombong dengan harta benda.. Semua tu sementara saja.

    Bila2 saja boleh kena tarik balik. Sebab tu kena selalu bersyukur dan merendah diri ;)

    BalasPadam