Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest

Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest

Bersempena bulan kemerdekaan ini, Lazada menganjurkan satu peraduan iaitu Merdeka!Merdeka! Blogger Contest. Jadi, dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk menyertai peraduan ini. 

Klik banner ini untuk sertai Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest

Berikut adalah jawapan kepada soalan yang perlu dijawab:

a. What do you love about being Malaysian?

Menjadi salah seorang rakyat Malaysia adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Beruntung saya menjadi rakyat Malaysia kerana dikelilingi 'keluarga besar' yang berbilang kaum di negara ini. Apa untungnya? Untungnya saya dapat mempelajari tentang keunikan adat, bahasa dan yang paling menarik adalah pelbagai jenis makanan tradisi kaum masing-masing. Kaum Melayu boleh cuba resipi Kaum Cina, kaum India boleh cuba makanan orang Melayu. Bestnya! Kalau ke Sabah dan Sarawak pula, lagi banyak suku kaum, adat resam yang saya boleh ambil tahu daripadanya dan pelbagai makanan unik yang saya boleh cuba. Menariknya, walaupun hidup dengan pelbagai kaum dalam satu negara, amat jarang persengketaan berlaku sesama kaum. 

Selain daripada kepelbagaian kaum di Malaysia, yang membuatkan saya suka menjadi rakyat Malaysia adalah terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati lebih-lebih lagi untuk bercuti. Berpuluh-puluh pulau cantik saya boleh pergi untuk tenangkan minda seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan lain-lain lagi. Nak panjat bukit dan gunung pun boleh seperti Bukit Broga dan Gunung Kinabalu. Ditambah pula dengan sungai semulajadi yang ada di hutan lipur, seronoknya berkelah bersama keluarga di sini! Bercuti sambil jimat duit poket di Malaysia lagi bagus kan. 😊

Tanah Malaysia yang subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman juga membuatkan saya suka dan beruntung menjadi rakyat Malaysia. Kalau kita tengok buah-buahan tempatan yang ada di pasar, banyak jenis bukan? Ada buah yang bermusim, yang ada sepanjang tahun pun banyak. Sayur-sayuran juga sama, pelbagai jenis sayur hasil bumi Malaysia kita boleh dapatkan dengan harga yang amat berpatutan. Pernah sekali tu, saya baling biji rambutan ke tanah. Beberapa hari kemudian, bercambah dah biji tu. Maknanya tanah Malaysia ni subur kan 😉

Begitulah antara beberapa perkara yang membuatkan saya suka menjadi rakyat Malaysia.


b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/local-brands/

BONIA

c. Select two product from that brand that you love.

Bonia backpack
Bonia Red Monogram Backpack S

purse Bonia
Bonia Red Exquisite Three Fold Wallet


Sesuatu yang menarik untuk anda...
Jualan Merdeka! Merdeka! (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos (di mana anda boleh mendapatkan diskaun istimewa sehingga 80%!).


8 ulasan for "Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest"