Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut

Petua Mudah Merawat Ulser Mulut

Petua Merawat Ulser Mulut | Ulser mulut, siapa yang pernah rasa sakitnya, sampai hilang selera makan jadinya. Seingat Mai, pernah kena sekali ulser mulut ketika belajar di universiti dahulu. Mula-mula tumbuh sebiji, dah hilang sebiji tu, tumbuh di tempat lain pula. Arghhh...

Masa tu Mai berkumur dengan air garam sahaja. Memang kena tahan pedih lah jawabnya. Ada sekali tu Mai letak terus garam pada biji ulser tu sebab nampak lambat nak baik. Lagi pedih! Hahaha jangan ikut ye.

petua rawat ulser mulut

Baru Mai tahu, rupanya banyak lagi petua yang ada untuk merawat ulser mulut dengan cara yang tidak menyakitkan. Baru-baru ni, Mai terbaca petua mudah merawat ulser yang dikongsikan oleh page Facebook Nucifera HQ. Petua-petua ini hanya menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah.

Berikut merupakan petuanya:

Cara merawat ulser mulut


1) Marjerin
petua rawat ulser mulut
Sumber: Google
Marjerin mampu merawat ulser mulut. Apa yang perlu dibuat ialah letakkan marjerin pada ulser tersebut dan marjerin akan cair. Perlu diamalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.


2) Air kelapa
petua rawat ulser mulut
Sumber: Google
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi terdedah dengan panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh badan panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus diamalkan untuk tujuan kesihatan badan.


3) Madu
petua rawat ulser mulut
Sumber: Google
Madu asli juga sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu meletakkan madu pada ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Amalkan selalu supaya ulser cepat sembuh. Petua ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan dan rasanya manis.


4) Baking Soda
petua rawat ulser mulut
Sumber: Google
Anda boleh meletakkan serbuk baking soda pada ulser tau dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kaedah ini juga akan mengecutkan diameter luka ulser tersebut jika diamalkan 2 atau 3 kali sehari. Kaedah ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak.


5) Air garam
petua rawat ulser mulut
Sumber: Google
Kaedah ini merupakan pilihan ramai sejak dahulu kerana ulser cepat sembuh dengan cara ini. Anda hanya perlu berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa akibat luka ulser tersebut. Namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur dengan air garam.


Begitulah antara beberapa petua mudah merawat ulser mulut. Lepas ni kalau ulser naik di mulut, bolehlah ikut petua mudah di atas. Mudah, jimat, selamat dan insyaAllah berkesan. Selamat mencuba!


5 ulasan for "Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut"

  1. memang sakit tu kalau kena ulser.. nurul makan vitamin c kalau kena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit kan..ooo..boleh la cuba lepas ni kalau terkena

      Padam
  2. Wow byk rupanya Cara lain Selain bonjela. Tq for sharing

    BalasPadam
  3. salam perkenalan.. :) terima kasih atas petua ini.memang bahan2 nye mudah n ada je kat rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga..betul mudah je petuanya kan ;)

      Padam