Pelajar Sekolah Rendah Sudah Pandai Ambil Dadah
Kesan Buruk Akibat Dadah
Zaman sekarang yang semakin maju dan canggih masih tidak lari daripada pelbagai masalah sosial. Lebih membimbangkan, pelajar yang masih berada di bangku sekolah rendah sudah pandai merokok tanpa segan silu di khalayak umum. Malah lebih hebat lagi, ada yang sudah mula terlibat dengan najis dadah seawal usia ini. Allah...
Sempat Mai baca coretan daripada saudara Shukery Azizan (seorang motivator dan juga salah seorang dari team Tarbiah Sentap) di Facebook miliknya tentang sekolah rendah dan penglibatan mereka dengan dadah.
Sumber foto: Blog Pemadam Wangsa Maju |
Berikut merupakan perkongsian daripanya...
Minggu lepas, saya sampaikan ceramah (talk) di sebuah sekolah asrama harian di Kuala Lumpur (saya rahsiakan nama sekolah itu). Pelajar yang terlibat adalah dari kalangan tingkatan 1, 2 dan 4.
Usai habis ceramah, seperti biasa, ada beberapa orang pelajar jumpa dengan saya secara peribadi. Kemudian, ada seorang pelajar tingkatan 2 ingin berjumpa saya secara peribadi. Betul-betul peribadi.
Saya pun bawa dia ke sudut yang jauh dari pelajar lain di surau sekolah itu. Baru mukadimah saja, dia dah mula sebak,
"Ustaz, Allah terima ke taubat saya?"
Saya senyum dan usap belakang dia,
"InsyaAllah, apabila anta taubat sungguh2, confirm Allah ampunkan. Allah kan Maha Pengampun.."
Jeda. Kemudian dia sambung,
"Betul ke ustaz? Walaupun dosa saya besar?"
Saya mengangguk dan senyum. Kemudian dia sambung,
"Ustaz.. Dulu.... dulu saya.. saya jual dadah.."
Gulp. Saya menelan air liur.
"Pusher dadah?"
Dia angguk.
"Ya Ustaz. Saya dulu pusher dadah. Saya jadi pusher seawal DARJAH 6. Hinggakan saya berjaya untung sampai belasan ribu ringgit. Bukan setakat jadi pusher, saya pun ambil dadah juga. Saya ambil suntikan. Tetapi masa pertengahan form 1, saya 'cuci tangan'. Saya rasa berdosa.
Saya cuba lari dari semua itu. Saya merayu pada mak untuk masuk sekolah asrama yang ni. Mak saya setuju. Tapi ketua lama saya cari saya, dan dia ugut saya supaya pulang baik semua keuntungan duit tu pada dia, dan jangan report polis. Kalau tak, nasib saya dan keluarga bahaya.
Abang tolong rahsiakan tentang saya bang. Saya dah taubat. Tapi Allah terima ke taubat saya?"
Saya hampir menangis. Tiba-tiba terlintas kenangan jahiliah saya masa zaman underground dulu. Saya dahulu seawal darjah 5 sudah mula bergaul dengan kawan-kawan yang kaki gam, arak, ganja, bahkan kawan saya yang darjah 6 sudah pandai hisap ice baby (syabu). Malah ramai yang seusia kami masa itu dah pandai buat "dapur" (untuk ganja).
Dan ada juga darjah 6 sudah pandai minum arak. Dulu biasanya minum Arak Thai Song (Sebab murah). Itu semua pada tahun sekitar 2002.
Tetapi syukur pada Allah, saya LANGSUNG TAK TERLIBAT SEMUA ITU. Cuma saya terlibat dengan gangsterisme (Skin Head) dan ponteng sekolah selama 6 bulan in a row sehingga akhirnya kena buang sekolah.
Saya tak nak cerita pasal diri saya yang lalu. Tetapi apa saya nak beritahu kepada anda, zaman saya dulu, iaitu seawal tahun 2000, pelajar sekolah rendah pun sudah pandai mengambil syabu (kami panggi ice baby), ganja, gam, dan seumpamanya.
Sekarang, tahun 2017, dah ada pelajar sekolah rendah yang DAH JADI PUSHER DADAH!
Itu baru dadah, belum lagi kes berzina, homoseksual (Gay lesbian), video lucah, dan lain-lain. Ini adalah 'bitter truth' yang terpaksa orang dewasa hari ini terpaksa telan. Stop being ignorance.
Saya amat-amat memahami apa yang dialami oleh kebanyakkan remaja yang bermasalah moral. Nak tahu apa yang 'kami' rasa?
Kami hanya MAHUKAN PERHATIAN. Ya, PERHATIAN. Saya dulu buat semua perkara teruk (bahkan sebahagiannya dikategorikan sebagai juvana), adalah untuk meraih perhatian semata-mata!
Perhatian siapa? Perhatian orang sekeliling!
Sebab itu kami di Tarbiah Sentap berusaha semampu mungkin dengan bertungkus lumus menjelajah seluruh sekolah, di seluruh negara yang kami mampu masuk, untuk memberi sedikit perhatian kepada anak muda dan suntikan kesedaran pada mereka.
Dan sebab itu juga, Tarbiah Sentap fokusnya hanyalah pada REMAJA dan BELIA UNIVERSITI SAHAJA. Kami tak fokus ekonomi, politik, dan lain2.
Walau kami yakin, memang takkan dapat 100% selamatkan mereka, tetapi at least, ini adalah usaha kami untuk selamatkan masa depan Malaysia.
Tujuan saya tulis status panjang berjela ini mudah saja, ia berkaitan dengan kes 7 remaja yang terlibat dengan kebakaran yang membunuh sekitar 25 orang di Maahad Tahfiz tempoh hari.
Kepada ibu bapa sekalian, ini adalah WAKE UP CALLS kepada kalian. Perhatikan siapa anak anda berkawan, khususnya APA YANG ADA DI DALAM TELEFON BIMBIT MEREKA.
Kalau dapat, bacalah secara rahsia perbualan anak-anak anda di aplikasi whatapps, wechat, beetalk, bigo live, dan lain-lain.
Kalau boleh tukar smartphone kepada telefon setaraf Nokia 3310, tukarlah.
Untuk kebaikan anak anda. Serta cukuplah jadi 'ignorance' dengan memikirkan 'insyaAllah anak aku tak ada apa-apa. Dia mesti tak terlibat punya. Anak aku kan baik..'
Cukuplah menafikan realiti. Kita tak kata anak-anak tuan puan confirm ada melakukan perkara nakal ini, tetapi sebagai ibu bapa, bukankah tabayyun (menyelidik) itu sebahagian dari perintah Islam?
Di sebalik Tarbiah Sentap, kami menyimpan 1001 kisah menyayat hati lagi menyiat-nyiat tangkai hati berkaitan dengan kehancuran maruah anak remaja kita.
Moga peristiwa kebakaran itu membuka mata kita semua. Tidak cukupkah "harga" yang TERPAKSA dibayar oleh para syuhada tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk menyedarkan kita?
Harga yang berupa NYAWA. Tidak cukupkah?
Shukery Azizan
Shah Alam.
17 September, 2017
Risaunya dengan zaman kini. Tak terduga segalanya. Mai yakin ramai ibu bapa telah berikan yang terbaik buat anak-anak mereka tapi mungkin disebabkan pelbagai pengaruh luar yang lebih kuat membuatkan anak-anak kalah dengan godaan tersebut.
Apa sekalipun, sentiasalah berjaga-jaga, berusaha menjaga keluarga sebaik mungkin dan jangan lupa untuk bantu mereka yang ingin berubah. Berdoa meminta kepada Allah kerana doa itu senjata mukmin dan sentiasa muhasabah diri. Elakkan menuding jari untuk menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri. Bersangka baik dengan Allah kerana mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kita.
Elak rokok, jauhi dadah.
memang merisaukan..waktu mrs pip sekolah rendah hingga sekolah menengah, kawasan tempat kita tinggal tu mmg ada ramai pusher, tapi pelik, bila polis ambush, mereka lesap, lepas tu ada balik ... siap nampak mereka jual brg tu letak dlm plastik .. barang tu ada byk jenis pula, yg mrs pip pernah nampak tu yg mcm daun kering and yg mcm batu kaler putih kalau tak silap ...mak kitorang mmg jaga kitorang ketat2, pergi sekolah n balik, kalau lewat balik, habis bapa kitorang round cari kitorang kat sekitar tmpat tinggal ...
BalasPadamsekarang baru faham kenapa parents kita jaga kita elok2 sampai pi sana sini mmg tak boleh, giler aaa parents sgt strict time tu ...
sama-sama kita tengok-tengokkan ahli keluarga kita :) budak zaman sekarang ni, macam-macam benda nak dicuba
BalasPadambetul. punca utama sebab kurang perhatian & kasih sayang buat remaja suka memberontak.
BalasPadamBilalah Mata seluas-luasnya.. kena tangani juga masalah dadah no jgn dibiarkan mengandung anak bangsa
BalasPadam