Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Study Week, Waktu untuk Ulangkaji Pelajaran atau Bercuti?

Cara Manfaatkan Waktu Study Week


Bila adik sedang pulun ulangkaji pelajaran dalam tempoh study week kolejnya sekarang ini, teringat ketika Mai belajar di universiti dulu. Waktu study week memang dimanfaatkan sepenuhnya. Rugi kalau abaikan macam tu je.

study week, study last minute
Sumber: Google

Study week, waktu untuk ulangkaji pelajaran atau bercuti merehatkan badan? Dah namanya study week, mestilah untuk ulangkaji pelajaran kan. Boleh juga dikatakan waktu pecutan akhir untuk ulangkaji pelajaran. Tetapi ada juga pelajar yang ambil masa study week ni untuk pergi bercuti. Bagi Mai, kalau untuk sehari dua boleh je. Kalau seminggu pergi bercuti atau duduk-duduk saja tanpa buat apa-apa ketika study week, rugi tau. Lepas peperiksaan kan ada cuti semester? Pergi saja dalam waktu tu.

Jadi, Mai nak kongsi cara ulangkaji pelajaran ketika study week melalui pengalaman sendiri sewaktu di universiti. Mai rasa pelajar lain pun sama je lebih kurang kan. hehe...

1. Nota ringkas
Nota ringkas setiap bab sesuatu pelajaran mesti ada waktu ini. Bila masa yang sesuai untuk buat nota ringkas? Habis saja setiap bab, buat terus nota ringkas. Mai buat dalam kertas A4 kosong, dan lipat kepada 3 bahagian, guna depan belakang. Kalau boleh sehelai kertas A4 untuk satu bab, sebab banyak guna shortform dan keywords penting saja dalam nota ringkas ini. Nota ringkas ini penting, sebaik-baiknya jangan buat last minit nak dekat waktu peperiksaan.

Untuk subjek Matematik atau seumpamanya, kena jawab banyak soalan dan bukukan soalan dan jawapan tersebut supaya mudah untuk buat rujukan.

2. Buat jadual ulangkaji ketika study week
Ini perkara wajib Mai buat. Mai akan dahulukan matapelajaran yang paling awal tarikh peperiksaannya. Pagi dan petang Mai sediakan untuk ulangkaji.

3. Jawab soalan peperiksaan semester sebelumnya
Ini pun penting sebab mungkin ada soalan lebih kurang sama akan keluar. Mai akan rujuk nota ringkas untuk jawab soalan sem lepas. Cara ini menjimatkan masa ulangkaji sebab dalam masa yang sama dapat jawab soalan (kaji soalan terus) dan baca nota ringkas. Sebelum tu, mesti dapatkan soalan-soalan peperiksaan semester lepas, sama ada dapatkan dari senior atau download di portal universiti masing-masing. Untuk soalan peperiksaan ini, Mai mula kumpul dari awal semester.

Cara Mai belajar ketika study week; waktu pagi jawab soalan peperiksaan semester lepas, tengah hari rehat, petang sambung jawab soalan peperiksaan semester lepas. Malamnya pula baca nota ringkas.

4. Ulangkaji, ulangkaji juga. Solat jangan lupa.
Ini amat penting. Jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah dipermudahkan urusan kita. Nak faham, menghafal, menjawab soalan insyaAllah mudah nanti. Minta Allah lancarkan urusan.

Macam hard je kan cara Mai ulangkaji waktu study week. Sebenarnya ada je waktu lapang yang Mai dah sediakan setiap hari waktu study week. Siap boleh tengok movie lagi. Takkan nak ulangkaji sampai lebam, mau pengsan nanti hehe. Waktu makan jangan skip. Kesihatan mesti dijaga. Jangan tiba-tiba hari peperiksaan nanti sakit pula yang dapat.

Sebab itulah kena mula dari awal semester. Belajar ini perlukan kita untuk faham, dah faham baru boleh ingat dengan senang hati. Jangan berat mulut tanya pada pensyarah kalau ada sesuatu yang tak faham. 

Mai tak pernah study last minute ke? Anda pernah tak study last minute semua bab terus? Mengaku cepat hehehe. Mai pernah je. Pernah sekali, esok paper subjek tu, hari ini Mai pulun baca kesemua bab. Waktu baca tu memang betul-betul fokus 100% , telefon siap off. Lepas baca jawab soalan peperiksaan semester lepas terus. Alhamdulillah Allah izinkan dan mudahkan Mai untuk ingat apa yang dah dibaca. Alhamdulillah lancar menjawab soalan ketika peperiksaan. Kenapa study last minute pula ni? Sebab banyak kisah dengan satu subjek ni haha. Tapi kan, jangan selalu study last minute nanti stress tau. Kalau stress lagi bahaya, boleh hilang fokus dan boleh jadi lupa.

study week, study last minute
Sumber Google

Boleh ke buat study group ketika study week? Ini bergantung kepada seseorang juga. Kalau dia rasa tak boleh belajar seorang, ajak kawan sertai sama. Kalau Mai, biasanya study week memang akan ulangkaji sendiri tanpa buat study group. Risau kalau buat study group bertukar jadi sembang group pula. Tak jadi ulangkaji pelajaran nanti 😁 Tapi kalau selain waktu setudy week, Mai memang ada geng study group.

Apa pun, belajarlah bersungguh-sungguh dengan cara kita. Mak abah dah susah payah hantar kita ke IPT untuk belajar dan berjaya dalam bidang masing-masing, jadi jangan hampakan harapan mereka. Balas semula jasa dengan memberikan kejayaan kepada mereka. Bila dah belajar bersungguh-sungguh dan lulus dengan cemerlang, pasti akan rasa kepuasannya. 

Rajin-rajin study ye, jangan asyik stido sesaje 😄 Nak CGPA bagus, kenalah kerja lebih.

Semoga berjaya!


10 ulasan for "Study Week, Waktu untuk Ulangkaji Pelajaran atau Bercuti?"

  1. study week dah tentulah masa untuk study, tapi memandangkan tak diberi main game week, so terpaksa lah selang-seli study dengan main game.

    main game tu kan riadah.kan kan

    BalasPadam
  2. Time study week tu la ena sibuk nk balik rumah..huhu..lepastu gelabah study last mnt haishhh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. balik rumah boleh je, bawa nota dan soalan past years sekali ;)

      Padam
  3. Balasan
    1. boleh tapi kena pandai bahagikan masa ;)

      Padam
  4. Menarik tapi saya dah tak boleh study. Otak dah beku

    BalasPadam
    Balasan
    1. rilek2 baca nota sekali imbas je ok juga

      Padam
  5. Nama pun study week. Haha. Kan dah sampai universiti, takkan lah study week pun jadi sleep week. giteww. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. rugi la kan kalau tak manfaatkan waktu study week ;)

      Padam