10 Reka Bentuk Ruang Tamu Kontemporari Menarik Di Malaysia
Reka Bentuk/Derkorasi Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan ruang yang amat penting untuk sesebuah rumah kerana di situlah tempatnya untuk ahli keluarga bersantai bersama setiap hari, dan juga tempat untuk tuan rumah melayan tetamu yang datang membawa berkat.
Jadi, disebabkan itu, setiap pemilik rumah pasti akan berasa tidak sabar untuk renovate ruang tamu sebaik saja menerima kunci untuk rumah baru. Namun begitu, bukan ruang tamu untuk rumah baru sahaja yang boleh diubahsuai, rumah yang sedang diami sekarang juga boleh diubahsuai untuk memberikan suasana yang lebih segar dan moden.
Jika anda perlukan inspirasi untuk hias ruang tamu anda, jom lihat kompilasi gambar ruang tamu yang telah dihias cantik oleh interior designer tempatan untuk rumah-rumah di Malaysia.
1. Kondominium di St Mary Residences, Bukit Bintang
Projek oleh La Conception Hauz
Hiasan dalaman kondominium ini telah menggunakan kombinasi reka bentuk kontemporari, artistik dan antik dengan sangat baik. Kerusi kulit berwarna coklat yang digandingkan dengan meja kopi kayu membuatkan ruang ini kelihatan klasik. Permaidani hitam dan sofa putih pula digunakan untuk mengimbangi suasana ruang ini dengan penampilan kontemporari.
2. Kondominium di Casa Tropicana, Petaling Jaya
Projek oleh Pocket Square
Perabot di ruang tamu di ini telah disusun atur dengan kemas tanpa barang yang banyak di lantai. Rak di dinding di belakang sofa adalah idea yang kreatif dan praktikal sebagai ruang simpanan dan untuk menggantikan meja kopi. Sofa kulit berwarna coklat bentuk L itu pula membuatkan ruang ini kelihatan lebih maskulin.
3. Banglo di Raub, Pahang
Projek oleh The Chemistry Design Studio
Banglo ini dihias dengan tema kontemporari dan minimalis. Sofa kulit dan meja kopi membuatkan ruang ini kelihatan moden. Pemilihan warna putih dan kelabu pada lantai, sofa dan feature wall menyerlahkan lagi tema minimalis di ruang ini. Bunga hiasan berwarna terang pula ditambah untuk menaikkan seri.
4. Rumah berkembar di Ecohill, Semenyih
Projek oleh Amorphous-design-sdn-bhd
Warna coklat memang dikenali sebagai warna yang memberikan suasana warm and cosy. Interior designer yang menghias rumah ini telah berjaya memberikan suasana tersebut dengan menggunakan dinding kayu bercorak sebagai feature wall. Bingkai gambar pula disusun di dinding dengan penuh kesenian dan sebagai salah satu ciri hiasan dalam. Sofa moden berwarna gelap juga sangat sesuai dengan keseluruhan tema ruang ini.
5. Kondominium di Verde, Ara Damansara
Projek oleh Amorphous-design-sdn-bhd
Palet warna hitam dan putih telah digunakan untuk menghasilkan hiasan dalam yang moden dan bersih. Permukaan kaca pada kabinet dapur membuatkan kondominium pelan terbuka ini kelihatan lebih luas. Bagi menaikkan seri ruang tersebut, lampu gantung bercorak artistik telah digunakan untuk ruang makan dan di dapur. Sofa hitam bentuk L yang selesa pula diletakkan di ruang tamu untuk menyerlahkan lagi tema moden.
6. Kondominium di Royal Regent, Dutamas
Projek oleh Double-art-design-studio
Permaidani gebu berwarna kelabu adalah tumpuan utama untuk ruang tamu ini, dan berperanan dalam menghasilkan suasana yang selesa. Hiasan dalaman dengan tema kontemporari untuk ruang ini telah dilengkapkan dengan sofa dan meja kopi yang ringkas tetapi menarik. Dinding pemisah berwarna hitam dengan corak artistik pula digunakan untuk membahagikan ruang sambil mengekalkan reka bentuk pelan terbuka.
(Baca: 20 Rules To Hire Renovation Contractors in Malaysia)
7. Kondominium di Putra Prima, Puchong
Projek oleh Young-concept-design-sdn-bhd
Ruang ini telah dihiasi dengan hiasan dalaman dengan palet warna yang terang dan ceria. Kombinasi warna kuning dan corak abstrak membuatkan ruang ini kelihatan moden dan unik dengan caranya tersendiri. Bagi memastikan suasana ruang tersebut kekal seimbang, pereka hias dalaman telah menggunakan warna asas sebagai warna latar.
8. Rumah teres di Bandar Rimbayu, Shah Alam
Projek oleh Meridian-inspiration-sdn-bhd
Sementara kebanyakan ruang tamu lain menjadikan televisyen sebagai sebagai tumpuan, ruang tamu ini sangat berbeza. Kombinasi pelbagai jenis corak seperti batu bata sebagai feature wall, serta meja dan kabinet kayu asli membuatkan ruang ini kelihatan unik dan menarik. Sofa gebu dan oversized yang diletakkan di ruang ini pula membuatkan keseluruhan suasana kelihatan sangat selesa dengan serta-merta.
9. Kondominium di Casa Tropika, Puchong
Projek oleh Hatch Design
Sekali imbas, mungkin ada yang merasakan ruang tamu ini mempunyai terlalu banyak barang. Tetapi yang sebenarnya, ruang tamu bertema minimalis ini mengetengahkan ciri-ciri praktikal. Pereka hias dalaman memilih reka bentuk abad pertengahan dengan menggunakan sofa kelabu tiga tempat duduk dengan meja kopi yang ringkas. Ruang makan dan ruang kerja pula disekalikan bagi menjimatkan penggunaan ruang.
10. Kondominium di Bangsar Puteri
Projek oleh MIL Design Construction
Hiasan dalaman ruang tamu moden abad pertengahan ini mempunyai gabungan warna terang dan kusam. Gandingan lantai berwarna kayu asli, siling berwarna simen konkrit dan dinding putih membuatkan rumah ini kelihatan sangat unik dan menarik. Bagi menaikkan seri, ruang tersebut telah dipenuhi dengan sofa berwarna biru terang dan kerusi makan pelbagai warna.
Adakah anda kagum dengan hasil kerja interior designer tempatan seperti dalam gambar-gambar di atas? Luangkan masa untuk lihat lebih banyak hasil kerja pereka hias dalaman yang berdaftar di Recommend.my untuk pelanggan di seluruh negara.
Jika anda inginkan suasana baru untuk ruang tamu, bilik tidur, ruang makan atau ruang dapur rumah anda, dapatkan sebut harga secara online di Recommend.my. Kongsi beberapa maklumat ringkas dan pihak Recommend.my akan memberi maklumbalas dalam tempoh 2 jam. Sangat mudah, kan?
cantik-cantiknya semua :D boleh dibuat inspirasi :)
BalasPadamFatinamudz
boleh sangat ni ;)
PadamSalam singgah :)
BalasPadamhttps://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html
Jenis kontemporari ni memang sesuai lah dengan ruang tamu, saya pun minat
BalasPadamsaya juga ;)
Padambetul tu.. warna juga mainkan peranan penting
BalasPadamYa Allah... Semua nampak cantik-cantik belaka! Kalaulah ada rumah sendiri, memang nak deko lawa-lawa macam ni!
BalasPadamCantiknyer la hai...kalau dapat ruang tamu gitu memang tiap hari tak sabar nak balik rumah dr tempat keje..hilang segala penat..stress ..hehehe
BalasPadamSusunan perabot dalam umah & pemilihan warna memanh penting . Ruang sempit kalau pilih warna cerah ruang akan jadi luas
BalasPadamCantiknya semua. Kinah lebih suka ruang tamu yg simple sebabnya nanti ada ruang anak nak main. Kalau kena dengan bajet boleh la cuba
BalasPadamnice! I wish to have a living hall like these too
BalasPadamcantiknya.. dulu minat juga interior mcm nie tapi dah lama tak shoot dah.. semua cantik!
BalasPadammacam design rumah I, I campur sikit style Japan, nanti jemputlah datang rumah hehehe mungkin suami jadi jutawan dia nak tukar lantai jadi kayu haha
BalasPadamCantik-cantiknya. Suka tengok entah bila boleh apply kat rumah sendiri.
BalasPadamSuka juga gaya ruang tamu kontomperori tp simple
BalasPadamSuka no 2 n 9. Sbb no 2 ruang die luas dgn susunan barang pda dinding khas.. konsep pon cantik. No 9 suka kombinasi warna.. elegen sgt.. rasa nak tukar cat plak 😅
BalasPadamczntiknya dekorasi dia..suka tengok deko2 ni
BalasPadamwah.. semua deco tu cantik..
BalasPadamSaya perasan, sofa bentuk L ni makin popular balik dah zaman sekarang kan. Memang plan beli satu untuk rumah.
BalasPadamSaya suka jenia minimalist dan scandinavian...
BalasPadamKonsep kontemporari ni nmpk mewah dan ekslusif