Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sakit itu Tandanya Allah Sayangkan Kita

Ujian Sakit


Sakit itu penghapus dosa. Ketika sedang sakit ini selalunya automatik mulut kita menyebut kalimah 'Allah' . Sama ada kita perasan atau tidak sahaja. Dapat pahala percuma hanya dengan menyebut nama-Nya bukan?


sakit penghapus dosa
Foto Google

Mungkin saja sakit itu ujian yang diberikan Allah kepada kita supaya kita tidak lupa dengan-Nya. Sakit membuatkan kita teringat tentang amalan yang kita buat. Waktu inilah kita mula mengimbas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. 

Selagi kita masih menyedut udara milik-Nya, kita masih punya waktu untuk menginsafi diri dan berubah kepada yang lebih baik. Jaga solat, baca al-Quran, berzikir dan seumpamanya selagi kita masih bernyawa. Selagi itulah kita perlu berusaha untuk sihat, tidak ada gunanya putus asa dan merungut. Allah melihat setiap usaha yang dibuat, ada ganjaran di sebaliknya. Tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati. 

Baca: Doa Yang Menyembuhkan Penyakit

Kepada rakan-rakan yang sedang berusaha melawan sakit, semoga Allah memberi kesembuhan kepada anda. Allah menguji hamba-Nya kerana Dia sayang. Allah rindukan rintihan hamba-Nya. Berusahalah sekuatnya kerana masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum melangkah ke alam baru. 


9 ulasan for "Sakit itu Tandanya Allah Sayangkan Kita"

  1. Betul2. InsyaAllah, amin. Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.

    BalasPadam
  2. Betul tu sis. Allah sedang hadiahkan pahala percuma di kala diberi ujian sakit.

    BalasPadam
  3. Sakit bukan saja penghapus dosa tetapi tanda Allah sayangkan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, betul tu. Allah nak uji sikit je kan ;)

      Padam
  4. Allah rindu kita, Allah sayang kita...
    Kita pun didatangkan ujianNYA

    BalasPadam