Tutorial Letak Widget Instagram InstaWidget di Blog
Cara mudah letak widget Instagram di blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Baru-baru ini ada rakan blogger yang bertanyakan tentang cara mudah meletakkan widget Instagram di blog. Jadi kali ini Mai nak kongsi widget Instagram yang mesra pengguna, kata lainnya mudah digunakan dan setting sendiri.
Sebelum ini Mai pernah kongsi tutorial mudah ini dalam entri ini Tutorial | Letak Widget Instagram Di Blog dengan menggunakan beberapa widget Instagram yang lebih kurang sama fungsinya dan cara settingnya. Tapi kali ini Mai menggunakan widget InstaWidget yang sangat mudah digunakan.
Jom ikuti beberapa langkah mudah untuk meletakkan widget Instagram di blog:
1. Pergi ke laman InstaWidget (klik pautan) dan muncul seperti paparan di bawah ini.
2. Masukkan username Instagram anda. hashtag tak perlu isi. Untuk lebar widget, boleh adjust sehingga betul-betul muat dengan sidebar blog anda. Kemudian isi kotak yang lain sekali mengikut kehendak anda.
Dah siap isi boleh tekan butang 'Preview'. Nanti akan muncul widget tu di sebelah kanan. Anda perlu set Public akaun Instagram anda. Kalau private, widget Instagram takkan muncul setelah tekan butang Preview, kalau letak kod widget dalam blog pun takkan muncul widget tu. Set Public dulu ye.
Inilah rupa widget yang akan muncul...
3. Selepas itu, copy kod yang disertakan dan paste ke dalam ruangan html pada layout blog ( Layout > Add a gadget > HTML/JavaScript )
Contoh seperti di bawah...
Kemudian masukkan ke dalam ruangan HTML/JavaScript pada Layout blog
Apabila dah siap, bolehlah klik butang Save.
Mudah je kan guna widget ini? Mai suka widget InstaWidget ini sebab kemas dan berbeza sedikit daripada widget Instagram yang lain.
Kalau ada sebarang pertanyaan, tinggalkan komen di bawah ye. Selamat mencuba!
Yeay...akak dah buat...thanks Mai buat tuto...
BalasPadamsama-sama kak SA ;)
Padamtq mai miza dah berjaya http://www.mizatalib.com/
BalasPadamyeayy tahniah ;)
PadamMai. Memang ramai orang sekarang search cara letak instagram kat blog..yela kan IG sekarang ni dah jadi leading social media selain fb dah kan..
BalasPadambetul tu..secara tak langsung boleh promot IG kita di blog
PadamNice sharing kak mai...
BalasPadamsemoga dapat manfaatnya ;)
Padamsinggah malam di sini
BalasPadamhai. selamat datang ;)
Padamkalau yang jenis keluar banyak2 mcm tiles tu mcm mn?
BalasPadamguna widget ni pun boleh. Hide kan User Icon, User introduction, Follow button dan Followers masa isi kat InstaWidget
Padamthanks Mai kongsi tutorial ni...menarik Instawidget ni...
BalasPadamsama-sama. boleh cuba ye ;)
Padamgood info...tq sharing
BalasPadamsama-sama..semoga dapat manfaatnya
PadamTerima kasih ya. menarik untuk cuba. saya baru kembali aktif. jom lawat blog saya http://lifeofliezasaleh.blogspot.my/
BalasPadam