Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rangkaian Gillette Venus, Cara Baru untuk Mencapai Kulit yang Licin di Malaysia

Gillette Venus mengumumkan duta jenama pertamanya, yakni Farah Ann, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA

Procter & Gamble hari ini secara rasmi melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea di Malaysia. Di pelancaran tersebut, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.

Rangkaian produk Gillette Venus ini boleh didapati di Malaysia. Ia direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah. Gillette Venus ComfortGlide White Tea yang dilancarkan di acara tersebut direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur. Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.

Gillette Venus, pisau cukur

“Gillette Venus memahami kepentingan kulit yang licin untuk berasa selesa. Rutin penjagaan peribadi bagi kaum wanita biasanya lebih panjang, rumit dan mahal. Menyedari cabaran ini, Gillette Venus’ melancarkan rangkaian produk termasuk Gillette Venus ComfortGlide White Tea sebagai penyelesaian bagi kaum wanita moden demi membantu mereka mencapai kulit yang licin secara mudah, tidak sakit, dan mampu dimiliki,” demikian kata Utkarsh Mohan, Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Pasaran Perkembangan Asia dan Vietnam di pelancaran tersebut.

Di pelancaran tersebut, Gillette Venus merungkai beberapa anggapan lazim bersama sekumpulan panel mengenai pembuangan bulu di kalangan wanita di seluruh dunia.

“Ada kalanya kita menerima nasihat dan tip kecantikan dari kawan dan keluarga tanpa mengenal pasti kesahihannya. Ianya tidak mudah untuk membezakan kebenaran daripada anggapan yang salah kerana terdapat banyak anggapan yang saling bercanggah mengenai pembuangan bulu. Oleh itu, Gillette Venus beriltizam untuk mendidik kaum wanita di Malaysia mengenai pelbagai tanggapan yang salah berkenaan kaedah pembuangan bulu,” tambah Mohan.

Farah Ann

Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara. Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat. “Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran saya tidak lagi rumit,” kata Farah Ann.

Gillette Venus, pisau cukur

Berkongsi mengenai kepakarannya dalam bidang kecantikan, Pakar Estatik Dr. Yeow Hui Qian berkata, “Kebanyakan wanita khuatir akan cukuran. Mereka mengelakkan cukuran kerana percaya ia akan menjadikan kulit mereka lebih gelap, atau bulu mereka akan bertumbuh lebih cepat dan tebal. Namun, pertumbuhan rambut sebenarnya ditentukan oleh gabungan faktor genetik dan hormon seseorang.”

Rangkaian produk Gillette VenusÃ’ kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Mydin, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut. Segala keputusan mengenai harga, promosi, pengedaran, kepelbagaian serta penyusunan produk terpulang kepada pihak peruncit untuk menentukannya.

###

About Procter & Gamble 


P&G serves consumers around the world with one of the strongest portfolios of trusted, quality, leadership brands, including Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, and Whisper®. The P&G community includes operations in approximately 70 countries worldwide. Please visit www.us.pg.com for the latest news and information about P&G and its brands.


3 ulasan for "Rangkaian Gillette Venus, Cara Baru untuk Mencapai Kulit yang Licin di Malaysia"

  1. jom la join n meriahkan GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. Produk yang ohsem.. Pink lagi..

    BalasPadam
  3. Sesuai utk girls ni kan

    BalasPadam