Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Durian Mahal Tapi Laku

Durian Raja Buah yang Mahal


Durian oh durian.. walaupun rupamu ganas, berduri sana sini tetapi engkau tetap menjadi pujaan hati. Terbayang-bayang dah rupa isi durian yang lembut sekarang ni..fuhhh..

durian kampung
Durian dari dusun abah


Sekarang ni durian kampung di Kuala Kangsar banyak juga nampaknya. Merata-rata tempat dijual. Kebanyakannya durian dijual mengikut timbangan kilo. Kalau timbang tu agak mahal jugalah harganya tapi harganya tidaklah semahal yang dijual di bandar-bandar besar sana. Durian gred yang bagus, harganya lagilah mahal. Kalau macam tu memang terkejut harganya. Tak banyak yang jual durian secara longgok. Kalau ada yang jual longgok, memang serbu terus. hehe jimat tau.

Fuhhh... sedapnya makan nasi berlaukkan durian!

Tapi mahal mana pun durian, tetap ada pembelinya. Isi durian yang gebu, manisnya cukup rasa, baunya yang menarik... memang membuatkan penggemar durian terus memburunya. Hebat betul penangan durian ni.

isi durian sedap

Durian gred bagus seperti Musang King, D24 dan lain-lain, harga sekilo pun dah mahal tapi disebabkan suka tetap beli. Sebelum membeli durian, kena pilih betul-betul. Nak beli durian pun kena ada ilmunya supaya nanti tidak tertipu. Kalau tertipu dengan harga yang mahal tapi kualitinya sangat rendah.. fuh menyesal tak sudah jawabnya. Nak senang, makan terus di tempat yang menjual durian tu. Sekarang ni ramai penjual durian yang menyediakan tempat untuk makan terus durian di gerai mereka. Lagi mudah, tak perlu berat-berat bawa balik durian beserta kulitnya.

durian ditebuk tupai
Durian ditebuk tupai pun laku juga tau

Tahun ini, Alhamdulillah dapat juga merasa durian daripada sebatang pokok durian yang ada berdekatan dengan ruma. Sedang sabar menanti durian di dusun besar abah untuk berbuah. InsyaAllah harap adalah hasilnya nanti.

Anda penggemar durian? Ok, kita geng 😄


26 ulasan for "Durian Mahal Tapi Laku"

  1. Saya beli durian kampung je. RM12 sekilo. Sekarang dah naik balik kepada RM15 sekilo.

    BalasPadam
  2. Durian memang raja buah dek..

    BalasPadam
  3. Kat JDT musim durian dah nak berakhir.
    Tapi dalam sebulan lagi, ada satu lagi musim durian.

    BalasPadam
  4. Dapnya! >< Craving pulak tiba2 hahah :D

    BalasPadam
  5. Sedapnya durian...dah lama tak makan...sejak anak-anak tak sihat ni...

    BalasPadam
  6. cik en suka durian kampung.. masnisss

    BalasPadam
  7. ciktom bukanlah penggemar durian..kalau beli..rasa seulas dua je..
    jadi durian mahal skang pun..xralat sgt xbeli..hihi

    BalasPadam
  8. Sukanya kalau ada dusun. Main petik2 buah ajer....durian ni kadang harganya mahal melampau...

    BalasPadam
  9. dah lama tak makan durian :) sure sedap kalau buat cendol durian

    BalasPadam
  10. Lama dah tak membeli durian..harga kat bandar ni melampau²..bila teringin pesan kat memberi a.k.a kirim ler..dpt murah ckit dan fresh lagi..

    BalasPadam
  11. Siapa yang mampu, silakan beli durian. Memang godaan durian sangat menggoda.

    BalasPadam
  12. Kat tempat kami durian kg pun mahal. Belum cerita gred yang bagus tu.

    BalasPadam
  13. Durian kena tebuk tupailah yang sedap dan biasanya lebih murah sebab dah kena tebuk kata penjual tu. Selalu beli kalau" lalu kat mana" gerai jual durian.

    BalasPadam
  14. emang lagi musim durian sih ya
    di kota aku juga lagi musim ini , banyak macam ada yg RP10.000 sampai RP50.000 ribu tergantung besarnya juga ,, kalau diringgit 10.000 itu sekitar
    3-4 ringgit mungkin yah
    salam kenal yah :D

    BalasPadam
  15. Saya taklah hantu durian tapi kalau ada, saya sebat je. Haha. Memang sedap dan kalau makan ramai-ramai... Fuh meriah! Haha

    BalasPadam
  16. saya teringin jug anak beli...tapi harganya macam kena fikir banyak kali...setakat ni takdela mengidam nak makan durian..cuma hr tu pekena cendol duirian terus puas hati

    BalasPadam
  17. I puasa dari durian sebab mahalll nangis tapi mengidam duh

    BalasPadam
  18. HARITU DAH MAKAN DURIAN..LEPS NGIDAM..HEHEE

    BalasPadam
  19. Nak tahu x berat ena naik 2kg sbb mkn durian hari2 seminggu ni..haha.. penangan makan durian free n sedap depan rumah.. best btol.. syukur..

    BalasPadam
  20. haha dulu i suka durian, tapi sekarang ok ok je. nowadays i makan sikit je then terus rasa heaty and then sorethroat pulak eventho i sudah minum air with salt dekat kulit durian tu.

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam