Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penyelesaian Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeview

Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeview 


Hampir 7 bulan TV di rumah telah disambungkan dengan dekoder MYTV. Alhamdulillah, abah Mai adalah salah seorang penerima dekoder MYTV basic. Basic pun kira ok sangat dah. Tiada bayaran bulanan untuk siaran digital ini. Cara pasang dekoder tersebut juga mudah. Tak ambil masa yang lama pun.

Gambar TV sangat jelas dengan menggunakan dekoder MYTV. Tiada lagi bintik-bintik hitam atau gambar melayang. Sebelum menggunakan dekoder ini, gambar TV memang banyak keluar bintik-bintik je. Nak tengok pun takde mood. Sehingga hari ini, Mai sangat berpuas hati dengan paparan siaran digital percuma myFreeview


Tapi baru-baru ini, timbul masalah skrin jadi hitam je. Skrin TV tidak keluar sebarang gambar. Bukan gambar je tak muncul, bunyi pun tiada. Hanya paparan program sahaja yang muncul. Panik juga bila datang masalah begini. Tiba-tiba je jadi macam ni sebab tak usik dekoder pun. Risau juga kalau TV yang rosak. huhu. Mai terus menghubungi pihak MYTV dan bertanya tentang masalah yang dihadapi serta cara menyelesaikannya. Rupanya mudah je caranya.

Skrin Siaran Digital myFreeview Hitam
Alamak.. hitam pulak dah....

Anda pernah mengalami masalah ini tak? Mai kongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah skrin myFreeview jadi hitam serta tidak mengeluarkan bunyi.

Cara penyelesaiannya:

1. Tekan butang Menu (Foto 1) pada alat kawalan jauh MYTV.

menu remote control MYTV
Foto 1

2. Akan muncul paparan ini seperti Foto 2. Pilih Tetapan Kilang (klik butang OK pada alat kawalan jauh MYTV). Kemudian akan muncul kotak pin (Foto 3) dengan empat petak kosong. Masukkan nombor 0000 pada kotak tersebut.

cara cari channel myFreeview
Foto 2
cara cari channel myFreeview
Foto 3

4. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran. 

remote control MYTV
Foto 4

5. Tunggu sehingga senarai saluran muncul (Foto 5). Beberapa saat selepas itu, gambar dan bunyi muncul kembali. 

channel myFreeview
Foto 5

Alhamdulillah... boleh dah tonton Siaran Digital myFreeview semula.

Mudah je kan caranya? Lepas ni kalau TV anda mengalami masalah yang sama seperti ini, bolehlah cuba cara ini. Kalau ada sebarang masalah yang berkaitan dengan dekoder MYTV atau siaran Digital myFreeview, jangan segan untuk hubungi mereka di nombor ini 1 300 80 6988.


24 ulasan for "Penyelesaian Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeview "

  1. Tak pernah lagi alami tv tak kuar gambaq sb pakai astro. Kalau alami masalah mcm ni leh lah cuba nanti

    BalasPadam
  2. Bagus info ni utk sesiapa yang alami masalah yg sama.

    Alhamdulillah rezeki ayah mai dpt decoder free. Rumah kak ana tak layak tau tahu knp. Layan astro je lah nampaknya. Tp yg free punya lah.

    BalasPadam
  3. alamak. takde lagi MYTV dekat rumah. tapi good sharing. In shaa Allah bantu selesai masalah.

    BalasPadam
  4. Lah, ada jugak masalah macam ni ye myfreeview ni. Nasib baik ada solution. Saya je yang masih tak pakai lagi myfreeview ni.

    BalasPadam
  5. Tak guna MyTV tapi bagus juga rujukan begini. Mana tahu kalau ada problem untuk kawan-kawan atau ahli keluarga yang gunakan, mesti bermanfaat ni. Tq ya!

    BalasPadam
  6. AKK Masih pakai ASTRO lg

    BalasPadam
  7. i tak ada benda ni, haha, i pakai TV Android neway nice info :)

    BalasPadam
  8. Bestnya kalau boleh dapat MYTV ni. Sekarang ni guna astro tapi tak best. Huhu

    BalasPadam
  9. sy dh pakai mytv. ok noted for this info at least if anything happen boleh refer kat entry ni

    BalasPadam
  10. Kat rumah masih pakai astro kecuali kalau kilat je akan terggangu skit lah. Tips berguna ni. Mana tahu tiba2 satu hari guna MYTV.

    BalasPadam
  11. Zaman sekarang semua dah canggih. Siaran tv pun lebih cantik melalui siaran digital dan juga internet protokol TV. Baguslah buat step utk troubleshoot. Boleh dijadikan panduan bg yang tidak tahu.

    BalasPadam
  12. Oh yes. Saya ada kawan saya pakai Digital myFreeview. Dia pun ada masalah sama. Nanti saya sharekan artikel ini kepada dia.

    BalasPadam
  13. Akak pun masih guna astro..x tau la bila nak bertukar..diorang ckp hypp tv bagus..x tau la...bagus perkongsian..sesapa yang nak guna mytv bleh cari info kat sink

    BalasPadam
  14. O.. macam tu rupanya.. tapi kalau pengguna Smart TV macam TB lak.. caranya serupa jugak ke?

    BalasPadam
  15. Tq sharing ttg MyTV ni...kat umah masih guna ASTRO lagi. Tp mana tau nak tukar ke nanti boleh rujuk sini

    BalasPadam
  16. Tempoh hari katcarea office ada perasan bootoh MYTV nintapi tak tersinggah sebab nak cepat..nampak dari jauh macam murah gak..tq sis sharing

    BalasPadam
  17. MyTV boleh buat gini eh... Bonde baru tau Bonde guna TMNet punya siaran

    BalasPadam
  18. Kita pakai Astro lagi tapi takpe kalau ada kawan2 yg pakai mytv kita boleh suruh diorang rujuk sini kalau ada problem hee

    BalasPadam
  19. I'm using ASTRO for now. Thinking about stopping the contract after 2 years ni. Kerja dalam bidang Medical ni memang tiada masa untuk tengok... MYTV might be my next usage after the contract ends. Memang mencari yang tidak berbayar xD

    BalasPadam
  20. Baru pasang box di kampung. Syukur alhamdulillah tidak ada masalah tersebut. Lain kali kali terjumpa seperti masalah didalam post ini boleh rujuk disini.

    BalasPadam
  21. nice information buat yang tak tahu problem solving

    BalasPadam
  22. Oh thanks for the sharing, will take note on that.

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama11 Mei, 2023

    Alhamdulillah masalah sy selesai serta merta….. Terima kasih atas info yg diberi…..🥰🥰

    BalasPadam