Surat Cinta Untuk Aqsa
Luahan Hati untuk Aqsa
Saban hari, Baitulmuqaddis atau Jerusalem dibedil dengan peluru dan bom daripada tangan keji musuh. Ia menjadi rebutan pihak musuh. Masjid al-Aqsa menjadi target mereka. Pelbagai kemusnahan yang dapat kita lihat di media massa. Ramai nyawa yang terkorban demi mempertahankannya.
FOTO UTUSAN ONLINE |
Janji tuhan itu pasti iaitu Islam pasti menang. Namun, apakah usaha kita untuk memenangkan Islam?Sejauh mana kita cakna dengan berita peperangan yang kerap berlaku di tanah suci ketiga itu? Apakah tindakan kita sebagai saudara seIslam untuk membantu mereka? Ayuh hulurkan tangan kita untuk mengurangkan beban yang mereka tanggungi. Sentiasa titipkan doa buat saudara seIslam kita yang sedang berjuang menyelamatkan Al-Quds dan seluruh Palestin daripada tangan yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, bukan muslim sahaja yang benci dengan peperangan ini, ramai juga non-muslim yang menyokong untuk menghentikan peperangan dan mengutuk kekejaman musuh.
AREEF - Surat Cinta Untuk Aqsa
Ku tuliskan kenangan tentang
Mengapaku mencintai kamu
Tentang apa yang membuatku mudah
Menyedari kewujudanmu
Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan sucimu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini
KORUS:
Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu
Tak pernahku berfikir tentang
Dirimu tidak lagi milikku
Tak mampu ku melihat lagi
Dirimu terus di nodai
Aku selalu bermimpi tentang
Indahnya hari pembebasanmu
Sungguh cantik indah dan bahgia
Meskipun mimpi, yakinku pasti
Kerna janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi,
Tangis telah ku habiskam
Aqsa cintaku hanya untukmu
Dan telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku, hanya untukmu
BRIDGE:
Untukmu
jiwa dan darahku
Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Kau tetap milik kami
LAST CHORUS
Telah habis musnah hati ini
Tika kau diseksa dengan dunia
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu
Namun janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi,
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu
Kau akan ku bebaskan
Aqsa cintaku hanya untukmu
Terkesan dengan lirik lagu Surat Cinta Untuk Aqsa (Surat Cinta Untuk Starla Cover) ini. Semoga kesedaran dan bantuan kita terhadap Palestin bukan hanya bermusim tetapi setiap masa.
Mengharapkan keajaiban agar semuanya terhenti .. jangan ada lagi bedilan peluru atau bom lagi di Baitulmuqaddis atau Jerusalem .. semoga rakyat palestin hidup aman dan merdeka tanpa diganggu manusia keja.. Allahuakbar..
BalasPadaminsyaAllah begitulah harapannya. semoga semua umat Islam bersatu
PadamJemput Join Giveaway TB yea.. tarikh tamat 31 dis ni.. hadiah wang tunai untuk dimenangi.. Pemenang dipilih secara random .. sape2 pun boleh jadi pemenang.. syarat tak banyak.. hahaha.. jom2..
BalasPadamSedihkan Mai.. semoga rahmat Allah sentiasa bersama mereka.. aamiin ya rabb..
BalasPadambetul.. sedih dan terasa kesakitan yang mereka alami. InsyaAllah amiin
PadamKemenangan pasti milik Islam
BalasPadamsedapnya suara ni, nak menangis rasa bila hayati betul betul lagu ni :(
BalasPadambila baca balik bait rangkap lagu tu .. terkesan dihati...moga kesedaran dan bantuan kita terhadap Palestin berterusan hendaknya walaupun hanya dengan titipan doa.. aamiin
BalasPadamalamak, tengah pakai mobile data. tak dapat nak tgok video tu. nanti balik ada wifi baru nak tengok. mesti mengayat hati lagu nie.
BalasPadamSAYU PULAK DENGAR LAGU I. Moga penduduk saya di selamatkan dari mala petaka
BalasPadamBersama kita berdoa dan melakukan sebarang usaha yang dapat membebaskan Palestin dari cengkaman zionis...
BalasPadamallahu...sedihnya....moga kita boleh terus bersatu mempertahankan hak orang Islam...sedih takleh nak gambarkan dgn kata-kata
BalasPadamDah dengar lagu ni... lirik penuh keinsafan ... moga diberi kemenangan keatas umat islam InsyaAllah Aamiin
BalasPadamSemoga ada keajaiban berlaku, sedih tak dapat nak digambarkan :(
BalasPadamyanmieonline.com