Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kadang-kadang Cermin Juga Menipu Kita

Cermin yang menipu


Kalau nak tengok rupa diri sendiri, sudah semestinya kita akan cari cermin. Nak tahu mana ada yang tak kena di wajah atau penampilan diri. Betul kan?

cermin
Foto Sumber Google

Tapi kadang-kadang cermin juga ada yang 'menipu' kita sehingga membuatkan kita keliru. Keliru dengan rupa diri yang sebenar setelah melihat melalui beberapa cermin. Bila tengok pada cermin ini, nampak ok. Bila tengok guna cermin lain, nampak gemuk pula badan. Pernah macam tu? heeee

Walaupun cermin itu adalah sama seperti cermin yang lain (cermin meja mekap tu.. bukan cermin tingkap atau yang lain ye) yang kita tahu sifatnya mencipta pantulan bayangan objek dengan sempurna, tetapi hasilnya sedikit berbeza.

Sama macam hidup ini. Nama je manusia, spesis yang sama tapi hati dan fikirannya lain-lain. Maka, wujudlah pelbagai ragam. Ada orang jenis yang terus bagi pandangan yang jujur, ada pula jenis yang suka puji tapi hakikatnya lain, ada juga yang jenis suka cakap belakang baik buruk seseorang dan macam-macam lagi. 

Dalam hidup ini, yang penting jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata pujian yang sebenarnya tipu belaka. Jangan mudah keliru dengan pandangan yang berbeza daripada manusia. Tenang dan minta petunjuk daripada Allah, kerana Dia yang lebih mengetahui tentang sesuatu.

Kita hidup ini sebenarnya nak raih perhatian Allah, maka buatlah apa yang Allah suka, kalau ikut apa yang manusia suka, tak semestinya kita juga akan suka dengannya.


17 ulasan for "Kadang-kadang Cermin Juga Menipu Kita"

  1. Setuju sangat dengan kata-kata mai ni. Jangan mudah nak cair la dengan pujian. Apapun, yang sempurna itu datang dari Allah, yang terkurang tu datang dari manusia sendiri

    BalasPadam
  2. setuju2
    jgn terlalu percaya dan bangga pada pujian :)

    BalasPadam
  3. deeeeepnya mesej entry ni T.T

    BalasPadam
  4. Hi hi hi cermin kadang tipu nampak macam kurus jer tapi demok he he he nyampah kita..

    BalasPadam
  5. Betul tu. Lagipun kena lihat juga angle bagaimana kita lihat pantulan diri kita. Dalam erti kata lain, kalau positive anglenya, maka positivelah diri kita. Perkongsian yang cukup menyedarkan. Terima kasih! :D

    BalasPadam
  6. setuju.. ignore je kata2 orang.. buat apa yg kita suka, Allah suka.. kalau dengar cakap orang, sentiasa je ada yang tak kena

    BalasPadam
  7. Deep betul entri sis ni. Speechless betul bila Ty baca. Jadi jangan la jadi seperti cermin yang bisa menyakitkan hati dan perasaan org lain.

    BalasPadam
  8. Perlu untuk kita selalu menjenguk cermin agar kita nampak siapa kita supaya kenal pasti mana kelemahan kita. Deep entry.

    BalasPadam
  9. Lebih elok cermin diri sndri. Certain org sgt perlukan cermin besar gedabak baru dia sedar kurang dia kt mna. Yg pntg, x semua hati manusia kita boleh puaskn. Just do the best for ouselves n God. Thats all

    BalasPadam
  10. Hihi pesanan yg bagus. AS sendiri pun sejenis yg skeptikal dengan pujian.

    BalasPadam
  11. Setuju. Jangan tenggelam asyik dengan pujian sehingga terleka dan jangan terduduk kecewa dengan kritikan dan kecaman. Look everything from the bright sight. Sentiasa cari ruang untuk improve diri dan jadi orang berjaya ;)

    BalasPadam
  12. Setuju dengan entry mai ni..tak hidup dek puji..tak mati dek keji..apalah sgt dengan pujian berbanding kisah yg sebenar kan..sebab tu akak x suka dipuji..

    BalasPadam
  13. Orang kata tak hidup dek pujian tak mati dek kejian. Ada pujian yang membangunkan ada yg menjatuhkan be careful

    BalasPadam
  14. Sis paling tak suka bila jumpa cermin yang boleh buat kita gemuk..lebar atau pendek, nak lari cepat2 dr cermin tu...hahahaha. Mcm tu jugak sis paling x suka kalau jumpa org yg bermuka2..walaupun nama yg sama "Manusia" tapi spices berlainan "bermuka" so sis akan lari dr org cam tu..mcm lari dr cermin yg suka menipu..hehehe

    BalasPadam
  15. alaaa.. sekarang tak suka tgk cermin sebab dah mok mok.. haha.. tapi betul la, jgn mudah terpengaruh dengan kata-kata pujian sebab kadang-kadang boleh memakan diri..#hulurcermin :d

    BalasPadam