Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selesai 3 Dos Suntikan Vaksinasi HPV

Dos Lengkap Suntikan Vaksinasi HPV

Selesai juga suntikan 3 dos vaksinasi HPV, Alhamdulillah. Semalam (23 Januari 2018) merupakan suntikan terakhir. Anda yang bergelar wanita.. dah dapatkan suntikan vaksin ini? Kalau belum anda boleh ke mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN untuk mendapatkan nasihat serta tarikh temujanji dengan segera.

Suntikan Vaksinasi HPV

Mai ingat lagi, Mai pergi ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kuala Kangsar dalam awal tahun 2017. Masa tu lalu depan klinik dan terlihat kertas yang dilampirkan pada dinding kaca klinik tersebut, mengatakan bahawa "bermula Januari 2017, pemberian vaksinasi HPV secara percuma melalui program ini adalah kepada wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996". Apa lagi, Mai pun masuklah klinik dan bertanya tentang suntikan tersebut serta memberi maklumat diri seperti nama dan nombor telefon. Mereka akan menghubungi semula apabila stok vaksin HPV sampai. 18 Julai 2017 merupakan temujanji yang pertama untuk suntikan ini.

Suntikan Vaksinasi HPV
Tarikh temujanji Mai

Rugi kalau anda tidak mendapatkan suntikan ini. Sebabnya ia diberikan secara percuma kepada wanita yang layak menerima suntikan vaksinasi HPV ini. Percuma tuu.. memang rugilah kalau tak dapatkannya. Kalau tak, mau beratus juga yang perlu dibayar. Lagipun suntikan ini bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya kanser serviks, kanser organ reproduktif yang paling utama dan kanser wanita kedua yang paling kerap berlaku selepas kanser payudara. Memang tak rugi mendapatkannya.

Ada juga yang tanya, betul ke suntikan vaksinasi HPV ini mampu mencegah kanser serviks? Seperti yang telah diberitahu oleh pakar perubatan, 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum daripada jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.

Untuk kandungan vaksin pula, anda tak perlu ragu-ragu dengannya. Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi HPV tidak mengandungi produk yang meragukan. Dah ada kemudahan begini, jangan lepaskan peluang kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan dengar kata-kata mereka yang negatif tentang vaksin.

Kepada anda kaum wanita yang layak mendapat suntikan vaksin HPV, pergilah ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Ini juga adalah usaha kita untuk mencegah kanser yang sering berlaku kepada wanita ini.  Jom cegahnya, jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. 


16 ulasan for "Selesai 3 Dos Suntikan Vaksinasi HPV"

  1. woooh iklan fre kat klinik Kuala Kangsar tu CT pun nampak tapi bertunda nak pergi msa kerja sana.. alhamdulillah da selesai tiga2 dos..

    BalasPadam
  2. Info yang berguna ni dan memang patut disebarkan kepada orang ramai. Tapi selain kat situ mana lagi boleh dapatkan suntikan ini ya

    BalasPadam
  3. Bagusnya Mai. Alhamdulillah... Selesai untuk 3 dos HPV yer. Masih ramai yang tak aware kagi pasal suntikan HPV ni.

    BalasPadam
  4. girls wajib untuk ambil vaksin ni, kesihatan kena dijaga dan sakit perlu dicegah sebelum terkena.

    BalasPadam
  5. Anak pernah vaksin ni tapi 2 kali ajer....elok la dapatkan suntikan untuk mengelakkan penyakit ni....

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah dapat vaksin ni masa sekolah dulu. Betul tu. Vaksin ni penting. Untuk elakkan kejadian yang lebih buruk,. Cegah tu lebih baik

    BalasPadam
  7. Sangat penting suntikan HPV nie utk dilengkapkan. Di sekolah sy pon tgh giat lakukan benda nie

    BalasPadam
  8. HPV? baru 1st time dengar.. adoi.. tak ikuti perkembangan betul TB ni.. suntikan HPV ni untuk wanita bujang je ke? yang dah berkhawin, ber ank? tak perlu ke?

    BalasPadam
  9. wah thanks mai for this sharing untuk mereka di luar sana. baru rasa sangat penting untuk suntikan ni.

    BalasPadam
  10. Info yang berguna ni.
    Mencegah lebih baik drpd merawat.

    BalasPadam
  11. Cik en lahir 87.. xleh nak ambk.. dh tanye ritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari tu ada yang baya Cik En datang klinik tanya pasal cucuk HPV ni, klinik kata boleh tapi berbayar, berapa ratus Mai tak pasti pulak

      Padam
    2. RM180/dose x 3 dose.. (RM540)

      Padam
  12. Pentingnya suktikan vaksin kepada wanita kan. Ini salah satu rawatan pencegahan untuk elakkan penyakit.


    www.liahasty.com

    BalasPadam
  13. Penting juga suntikan HPV ini untuk wanita, kat klinik kesihatan ada jugak kan?

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah.. Ena tak pernah suntik lagi benda ni. Adeii kena pergi buat ni

    BalasPadam