Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tidur Malam Lebih Lena dengan Balm Bayi Tasneem Naturel

 Balm Bayi Tasneem Naturel Memberi Tidur yang Sempurna


Tidur yang lena dan berkuaiti dapat mengembalikan tenaga yang secukupnya untuk keesokan harinya. Bagusnya Balm Bayi Tasneem Naturel ni! Ia membantu Mai mendapatkan tidur yang lena. Barulah kehidupan seharian pun ceria dan bertenaga nak selesaikan kerja yang banyak dengan lancar.

Alhamdulillah, setelah Mai mencuba Balm Bayi Tasneem Naturel jenis Sleep Time, tak perlu nak golek-golek, kira bulu kambing.. senang je nak tidur malam. Kadang-kadang Mai sapu juga balm Calm Time. Tenang je rasa. Bau balm juga tidak kuat, sedap baunya. Pasti anda tertanya-tanya apa itu balm bayi Tasneem Naturel kan? Orang dewasa pun boleh guna balm bayi ni ke?

Ok lah. Mai kongsikan dengan anda tentang balm ini beserta kegunaan dan manfaat daripadanya. Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Ia adalah produk yang dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi 100% pati minyak (essential oil) yang asli dan bermutu tinggi.

Balm Bayi Tasneem Naturel

Untuk pengetahuan anda, balm bayi yang telah mendapat kelulusan daripada KKM ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan bahan pewarna. Penggunaan bahan semulajadi ini membuatkan ia sangat sesuai digunakan kepada bayi dan anak kecil. 

Balm Bayi Tasneem Naturel, walaupun pada namanya terdapat perkataan bayi tetapi ia sesuai digunakan seisi keluarga, bermula daripada bayi sehinggalah golongan dewasa. Haa.. sebab itulah Mai sendiri menggunakan balm ini untuk kegunaan harian. Jimat, satu keluarga boleh gunakan balm ini. Jangan khuatir jika di rumah anda tiada bayi atau anak kecil kerana anda sendiri boleh menggunakannya.


Jenis-jenis Balm Bayi Tasneem Naturel dan penggunaannya


Kalau anda nak tahu, balm bayi Tasneem Naturel mempunyai empat jenis berbeza dengan fungsi dan penggunaan yang berlainan. Antaranya ialah:

1) CF RUB

Balm Bayi, CF-Rub

CF Rub dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selesema. Bahan-bahan seperti Lemon, Sweet orange, Eucalyptus oil, Cypress dan Tea Tree membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak.

Cara menggunakannya amat mudah, hanya perlu sapu balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.


2) CALM TIME


Balm jenis Calm Time pula bertindak untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil. Ia diadun khas dengan menggunakan minyak pati tulen dan bahan-bahan seperti Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot dan Chamomile yang membantu bayi dan anak kecil mengurangkan keletihan dan tekanan sekaligus menjadikan mereka lebih tenang dan ceria.

Untuk menggunakannya, sapu pada tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga, serta pergelangan tangan.

Mai paling suka balm Calm Time ni. Suka sangat dengan baunya yang lembut. Bau wangi yang sedap dihidu. Rasa tenang apabila hidu bauan dari balm Calm Time ini. Mai akan sapu balm ini pada nadi di tangan dan leher, memang membantu mengurangkan stress semasa bekerja. Kadang-kadang, nak tidur malam juga mai akan sapu balm ini selain balm Sleep Time. Apa pula balm Sleep Time tu?


3) SLEEP TIME

Balm Bayi, sleep time

Balm jenis Sleep Time ini amat sesuai bagi mengatasi masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam. Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet dan Ylang ylang adalah pati-pati tumbuhan yang digabungkan supaya dapat membantu anak mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria.

Mudah saja cara penggunaannya, hanya sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan.

Sebelum tidur, Mai akan sapu balm ini kalau susah nak tidur malam. Best! Dapat tidur lena dan bangun pagi pun ceria.


4) T-RUB

Balm Bayi Tasneem Naturel, T-Rub

Balm jenis T-Rub ini menjadi kegemaran para ibu kerana balm ini berupaya untuk melegakan kembung perut, sembelit dan membuang angin berlebihan. Pastinya bayi dan anak kecil akan lebih selesa tanpa rengekan dengan balm T-Rub hasil gabungan bahan-bahan seperti Fennel, Ginger, Peppermint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise dan Juniper.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, balm ini perlu disapu pada perut dan tapak kaki.

Balm jenis ini Mai gunakan jika perut mengalami masalah kembung dan rasa tidak selesa. Kadang-kadang, tak sedar tersalah makan lalu masalah kembung perut terjadi. Boleh guling-guling juga sebab tak dapat kentut atau sendawa waktu ini. Jadi, Mai sapu je balm ini untuk melegakan masalah kembung perut. Fuhh.. Alhamdulilah lega…


Keempat-empat jenis balm ini menjadi kegemaran Mai dan keluarga. Memang terasa perubahan positif setelah menggunakannya. Hidup pun bertambah ceria. Maka, amat disarankan setiap rumah untuk memiliki kesemua jenis balm bayi Tasneem Naturel ini. 

Balm Bayi Tasneem Naturel

Saiz bekas balm bayi ini walaupun kecil, tetapi mampat isinya. Bayi dan anak kecil tidak dapat dijangka ragamnya. Jadi, dengan saiz bekas Balm bayi Tasneem Naturel yang kecil ini membuatkan ia mudah dibawa ke mana sahaja anda pergi bersama bayi dan anak kecil anda. Kalau Mai, balm Calm Time dan F-Rub mesti ada dalam beg. Bungkusan balm ini juga comel dan menarik, berwarna-warni kotaknya, sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.


Harga Balm Bayi Tasneem Naturel


Bagaimana pula dengan harga balm yang bagus ini? Harga bagi seunit Balm Bayi Tasneem Naturel ialah RM49. Tapi kalau anda beli banyak, lagi jimat tau. Berikut adalah senarai harga pakej terbaru tahun 2018:

1 unit – RM49

2 unit – RM88 (Customer jimat RM10)

3 unit – RM132 (Customer jimat RM15)

4 unit – RM176 (Customer jimat RM20)

5 unit – RM220 (Customer jimat RM25)

Betul kan? Lagi banyak beli, lagi jimat.

Anda ingin mencuba balm ini? Balm ini boleh dibeli dengan menghubungi hotline Tasneem Naturel HQ di talian 011-20964665.

Anda juga boleh menjana pendapatan dengan balm bayi Tasneem Naturel ini. Bagi anda yang berminat untuk mendaftar sebagai agen atau stokis, segera hubungi pihak Tasneem Naturel Network di 010-8453469.

Sehingga hari ini, ramai pengguna telah memberikan maklum balas positif penggunaan balm ini. Untuk melihat pelbagai testimoni daripada pelanggan dan maklumat lebih lanjut tentang Balm Bayi Tasneem Naturel ini, anda boleh terus akaun Instagram, Facebook dan laman web Tasneem Naturel Network seperti di bawah ini:






31 ulasan for "Tidur Malam Lebih Lena dengan Balm Bayi Tasneem Naturel"

  1. Kita pon kalau pakai siap boleh terlena lagi dgn balm sleep time tu....

    BalasPadam
  2. MUSIM musim sejuk ni, balm macam ni memang benda penting terutama untuk anak-anak..bila batuk malam malam, sapu je kat dada diorang..kita yang dewasa pun boleh guna gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, mujur balm ni sesuai seisi keluarga

      Padam
  3. Cantik packaging dia.. Balm ni ada fungsi rupanya setiap warna..memang sesuai lah untuk kegunaan satu family

    BalasPadam
  4. Best kan Mai.. Kak Sue pun guna Balm Tasneem Naturel nie Mai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best sangat :) mai pun sama, suka sangat yang hijau tu

      Padam
  5. hahaha.. sebelum tidur memang suka golek-golek kira bulu kambign yea kalau tak leh tido? kih3.. apa-apa pun balm tasneem dah selesaikan masalah susah nak tido mai tu kan.. baguihh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi.. dah ada balm tasneem ni, cepat lena

      Padam
  6. Packaging dia comel sesangat..sayang pulak nak.pakai hahhaa.. sesuai untuk semua peringkag usia..

    BalasPadam
  7. Kenapalah conel sgt balm dri tasneem nie. Suka tengok packaging dia. Nak cuba jugak lah nanti !

    BalasPadam
  8. memang best Tasneem Naturel ni. Banyak kegunaannya. Suka packaging nya yang cute tu.

    BalasPadam
  9. saya memang buat stok untuk anak2 di rumah

    BalasPadam
  10. Bestnya.. sapu2 dah mujarab

    BalasPadam
  11. Suka la dengan balm ni semua..jangan kata sesuai utk bayin.sesuai juga utk dewasa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. semua peringkat umur boleh guna

      Padam
  12. Kinah pun ada satu set balm ni. Best sangat gunanya terutama sleep time dan calm time tu.

    BalasPadam
  13. Bgus la..beli byk2 dpt lg murah..lg untung kan

    BalasPadam
  14. comel pakaging dia...rietta blom pernah cuba lgi....

    BalasPadam
  15. Not bad harganya. Boleh sarankan kawan-kawan ena mana yang dah ada anak kecil tu cuba balm ni

    BalasPadam