Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berkira untuk Membuat Kebajikan

Berkira untuk membuat kebajikan atau kebaikan

Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita 'berkira' untuk membuat kebajikan atau kebaikan. Ada saja rungutan yang keluar dari mulut tanpa disedari.

buat kebajikan
Foto Google

Contoh situasi, seorang kanak-kanak datang kepada anda ketika sedang makan di sebuah restoran. Dia meminta anda untuk menderma walau apa pun jumlahnya. Anda mula berfikir bukan-bukan tentang kanak-kanak itu. Mungkin ia sindiket haram. Lalu, kita biarkan kanak-kanak itu berlalu begitu saja tanpa mendapat apa-apa daripada anda. Kenapa tidak kita hulur sedikit wang kepadanya.

Mai pun pernah terkena situasi begitu. Seorang budak lelaki, mungkin bersekolah rendah, datang ke meja saya ketika makan di restoran. Dia nampak penat, mungkin juga belum menjamah makanan. Dia meminta dengan penuh pengharapan supaya saya menderma untuk pembinaan sekolah. Pelbagai andaian muncul di fikiran. Betulkah tujuannya? Atau ada tujuan yang tidak baik di sebaliknya? Atau dia hanya budak suruhan saja? Biarlah apa pun tujuannya, cuba untuk meringankan kerjanya. Betul atau tidak niatnya, biarlah Allah sahaja yang tentukan.

HOTApabila Allah Kata I Love You

Kadang-kadang ada juga yang jenis tidak meminta bantuan, mungkin kerana tak suka menyusahkan orang lain. Contohnya ibu mengandung yang menaiki bas awam. Kalau tiada tempat duduk kosong, kita yang sihat bantu dia dengan memberinya duduk. Nampak simple kan? Tapi Allah pandang semua tu.

Lagi satu, kita bantu orang untuk tidak menyebarkan aibnya. Perkara ni selalu kita terlepas pandang kan. Tak perlu canang ke sana, ke mari aib orang lain. Mungkin masa akan datang, hidupnya lebih baik daripada kita, siapa tahu kan? Jaga aib orang, insyaAllah Allah jaga aib kita.

Tak dapat tolong banyak, sikit pun sudah memadai. Tiada salahnya kita buat baik. Lagi Allah suka. Tak kisah besar atau kecil sesuatu bantuan yang diberikan, kerana sekecil-kecil perbuatan baik, Allah akan lihat dan hisab. Allah akan balas dengan nikmat yang tidak terjangka kepada hambaNya.  Yang penting ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tu mesti kena ada kerana keredhaan Allah sangat penting untuk kita.

Jom tambah lagi satu azam, jangan berkira untuk membuat kebajikan dan jangan mudah merungut 😊 Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi peringatan untuk saya, saya, saya dan anda semua. InsyaAllah.


3 ulasan for "Berkira untuk Membuat Kebajikan"

  1. yang penting kena ikhlas masa buat kebajikan
    hehehe

    BalasPadam
  2. betul...kita jaga aib org...Allah jaga aib kita...

    BalasPadam