Lirik Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi yang Menyentuh Hati
Lirik Penuh Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi
Pertama kali dengar teaser lagu Di Matamu, dapat rasa kesedihan dalam lagu yang dibawakan oleh Sufian Suhaimi ini. Nak pula lagu ini keluar selepas kisah pertunangan antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terputus di tengah jalan atas sebab-sebab tertentu. Memang sedih dengarnya. Baru keluar teaser lagu, ramai yang dah buat cover lagu ini. Mungkin kerana lirik lagu ini yang 'kena' dengan kisah Sufian Suhaimi membuatkan lagu ini jadi makin popular.
Baru-baru ini, Era fm telah memuat naik video lagu Di Matamu versi akustik dengan lirik penuh di YouTube. Sebelum ini biasa-biasa je minat pada lagu Sufian Suhaimi. Tapi lagu Di Matamu kali ini betul-betul menusuk ke jiwa. Terus suka lagu ini. Agaknya inilah perasaan yang sedang dialami oleh Sufian sekarang ni..
Apa pun jom dengarkan lagu Di Matamu dengan lirik penuh ini.
Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu
Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai
Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu
....
Namun jika ku diperlukan
Dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jika ku ditolak
Tak diperlukan
Buang segala tentangku
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia Ini
Bertemu dirimu
Di dunia Ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia
Sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai
Meratapi hati
Yang telah dilukai
Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu
Betapa hinanya
Ku dimatamu
Nantikan Official Music Video dan Audio lagu Di Matamu yang akan release pada 23 Mac 2018 ini.
Tak sabar tungguu ni...
boleh lah lagu nih
BalasPadam