Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia!

Smbutan Hari Wanita Sedunia


Hari ini, 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia. Hari wanita yang disambut pada tarikh tersebut setiap tahun di seluruh dunia. Hari istimewa yang memberi pengiktirafan dan sokongan terhadap sumbangan kaum wanita.

hari wanita sedunia

Bermula dari dalam institusi keluarga sehinggalah kepada negara, kini kaum wanita semakin mendapat tempat dan perhatian kerana sumbangan mereka. Kita sendiri boleh nampak sekarang ramai wanita telah mencipta nama dalam pelbagai bidang sehinggalah membawa nama negara ke mata dunia, setanding dengan kaum adam.

Wanita kini dipandang tinggi. Islam memuliakan dan mengangkat martabat kaum wanita tidak seperti semasa zaman jahiliyah dahulu. Kerana peranan wanita juga penting .amat penting dalam pembentukan sesebuah institusi keluarga. 

Jom jadi wanita yang berani. Berani berubah demi masa depan dengan pegangan agama yang kukuh, pendidikan yang mantap dan berkemahiran. Berani bersuara atas perkara yang benar. Berani memperjuangkan hak. Anggap masalah yang hadir sebagai cabaran dalam hidup yang perlu dicari jalan penyelesaiannya. Jangan sia-siakan kemuliaan yang diberikan oleh agama Islam.

Selamat Hari Wanita Sedunia!




Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa


Oh ya.. Hari Wanita untuk wanita je, bukan untuk lelaki yang baru masuk jadi wanita 😁


Catat Ulasan for "Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia!"