Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
Siti Nurhaliza sudah menjadi ibu
Tahniah Siti Nurhaliza! Seronoknya dengar berita baik pagi ini. Penyanyi kesayangan negara Malaysia ini telah selamat melahirkan bayi perempuan. Bayi yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh pasangan Siti Nurhaliza dan Dato K akhirnya dapat melihat dunia ini. Alhamdulillah.
Foto dari akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk |
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pengurusnya di akaun instagram milik Siti Nurhaliza.
Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.
Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.
Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus
Apa pun, tahniah sekali lagi untuk Siti Nurhaliza yang dah bergelar ibu. Tak sabar nak lihat wajah bayi tu, mesti comel macam mak ayahnya.
Alhamdulillah.. Tahniah buat siti dan suami..
BalasPadamalhamdulillah. baby girl mesti omey omeyy macam cikT hehehe.
BalasPadamgebu betul pipi anak dia..comel...tapi sayang, cepat sangat tular tanpa izin..kita pun tgok je lah
BalasPadammmg comell baby tok ti... pipi merahh
BalasPadamtahiah tok ti
BalasPadam