Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bukan Mata yang Buta Tapi Hati | Official Music Video Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir

Official Music Video Buta daripada Caliph Buskers ft. Faizal Tahir


Dah tonton video muzik rasmi lagu Buta nyanyian Caliph Buskers ft. Faizal Tahir? Video lagu Buta ini memiliki makna yang sangat mendalam. Lagu Buta ini mengisahkan tentang buta mata dan buta hati. 

lagu Buta - Caliph Buskers ft Faizal Tahir

Rupanya buta hati lebih berat daripada buta mata. Jika buta mata, masih ada deria lain yang dapat membantu. Jika buta hati, membuatkan kita terlupa pada sang pencipta. Kenapa boleh terlupa pada-Nya? Kerana hati sudah 'jatuh cinta' pada dunia. Kalau sayang sesuatu, sayanglah kerana-Nya insyaAllah apa yang dilakukan diredhai Allah. Tak salah nak cari dunia, tapi cari dunia untuk akhirat sana.



Pejamkan mata dengarkan saja
Apa di minda
Apakah semua yang zahir dimata
Takkan pernah berdusta

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Andai mampu ku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerna mataku yang leka
Membuat ku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu siapalah aku
Tanpa aku tetap saja Kau sempurna
Dan satu
Terangilah hatiku

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Maafkan aku
Selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda


Sedih betul video muzik lagu Buta ini. Memang terbaiklah lagu ni, sarat dengan maksud yang tersirat antara buta mata dan buta hati. Gabungan vokal Azmi Caliph Buskers dan Faizal Tahir pun mantap.  Lakonan pun tak kekok. Tak pernah mengecewakan lagu daripada Faizal Tahir ni.

Apa pun sentiasalah ingat pada-Nya dengan bersyukur. Jangan lupa bersyukur apabila sudah dapat apa yang diinginkan dan jangan sombong dengan-Nya barulah hidup diberkati. Kadang-kadang kita asyik menyalahkan sesuatu atau orang lain jika tak dapat apa yang kita usahakan. Yang ini, cuba lihat diri sendiri, apa salah dan silap kita terhadap Allah yang dah dilakukan sampai jadi begitu.

Muhasabah diri adalah perkara yang terbaik supaya kita tak jauh dari-Nya. Semoga saya, saya, saya dan kita semua dijauhkan daripada buta yang paling ditakuti, buta hati.

"It is not the eyes that are blind, but the hearts"
- Al-Quran (22:46) -


4 ulasan for "Bukan Mata yang Buta Tapi Hati | Official Music Video Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir "