Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lazada Mobile Prepaid Top Up Memudahkan Tambah Nilai Nombor Telefon Prabayar

Mudahnya Tambah Nilai Nombor Telefon Prabayar dengan Lazada Mobile Prepaid Top Up


Lazada adalah salah satu pusat beli belah yang terkenal di Malaysia. Nak cari pelbagai jenis barangan keperluan, segalanya ada di Lazada. Anda tahu tak yang anda juga boleh membuat tambah nilai nombor telefon prabayar di Lazada dengan Lazada Mobile Prepaid Top Up selain membeli-belah?

Lazada Mobile Prepaid Top Up
Servis Lazada Mobile Prepaid Top Up
Wow, bagusnya! Anda yang menggunakan nombor telefon prabayar patut cuba membuat tambah nilai di Lazada Mobile Prepaid Top Up. Sebabnya ia adalah perkhidmatan tambah nilai prabayar yang cepat dan mudah.

Kini, telefon bimbit sudah menjadi barang-mesti-ada kepada seseorang. Sudah menjadi keperluan harian kerana ia memudahkan manusia untuk berhubung dengan lebih pantas. Untuk menjamin kepantasan berhubung, baki kredit nombor telefon prabayar perlu sentiasa mencukupi. 

Kita tak tahu bila waktu kita betul-betul memerlukannya. Kadang-kadang nak buat panggilan pada waktu kecemasan yang tak terduga, kredit habis pula. Kedai berdekatan pula tutup atau boleh jadi tiada kedai berhampiran pada waktu tersebut. Jadi, Lazada Mobile Prepaid Top Up sangat membantu ketika ini.

Kalau sebelum ini kedai-kedai berhampiran anda yang menyediakan servis tambah nilai prabayar menjadi tumpuan anda, apa kata anda cuba Lazada Mobile Prepaid Top Up pula. Mudah dan menjimatkan masa. Di Lazada Mobile Prepaid Top Up ini, anda boleh membuat tambah nilai nombor telefon prabayar untuk pelbagai operator seperti Digi, Celcom, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan XOX

Anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah ini untuk membuat tambah nilai prabayar di Lazada. Cara-caranya seperti:

Cara-cara membuat tambah nilai prabayar di Lazada Mobile Prepaid Top Up


Untuk membuat tambah nilai prabayar di laman web Lazada, anda perlu pergi ke Lazada Mobile Prepaid Top Up (klik link).

1. Masukkan nombor telefon prabayar anda dan pilih operator.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

2. Pilih jumlah tambah nilai seperti yang disediakan dalam senarai.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

Setelah pilihan dibuat, klik butang TOP UP NOW


3. Buat bayaran.

Anda boleh membuat bayaran melalui kad kredit/debit atau perbankan online.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

Selesai. Nombor telefon prabayar anda akan ditambah nilai beberapa saat selepas pembayaran dibuat.


Senang dan cepat kan? Asalkan ada capaian internet, di mana-mana sahaja tak kira masa anda boleh membuat tambah nilai prabayar nombor telefon anda.

Kalau anda nak tahu, promosi tambah nilai prabayar bulanan (untuk semua operator) juga disediakan untuk anda. Promosi ini bergantung kepada operator atau pihak Lazada sendiri.Yang pasti, anda dapat penjimatan berganda dengan adanya promosi ini.

Bagi Mai sendiri yang telah menggunakan servis ini, Mai sangat berpuas hati. Tambah nilai cepat dikreditkan ke nombor telefon prabayar. Tak perlu tunggu lama pun. Terbaiklah...

Kredit habis? Kini anda tak perlu risau dan susah hati lagi jika kehabisan kredit tambah nilai prabayar. Lazada Mobile Prepaid Top Up kan ada…


2 ulasan for "Lazada Mobile Prepaid Top Up Memudahkan Tambah Nilai Nombor Telefon Prabayar"

  1. Menarik! Nak try la ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    BalasPadam
  2. Siqah postpaid, Hii. Cara mudah untuk topup nampaknya, tiada alasan untuk tidak ada kredit selepas ni :D

    Maisarah, jemput join giveaway dan segmen di blog Siqah jika ada kelapangan ye :)


    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam