Pusat Mengundi Bertukar Sendiri Tanpa Buat Permohonan
Pusat Mengundi Bertukar Sendiri
Tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah pun diketahui iaitu 9 Mei 2018 untuk pengundian biasa. Anda dah buat semakan daftar pemilih? Semakan maklumat pusat mengundi untuk PRU ke-14 nanti tu la... Mana tahu, tiba-tiba pusat mengundi bertukar sendiri tanpa buat permohonan kan..
Kalau belum, eloklah buat semakan sekarang. Penting kepada mereka yang kali pertama mengundi untuk tahu di mana pusat mengundi yang betul supaya tak kelam kabut nanti. Untuk yang dah pernah mengundi pun kena buat semakan juga ya.
Semalam abang Mai buat semakan daftar pemilih di laman web SPR. Tengok tengok.. pusat mengundinya dah bertukar sendiri! Sebelum ini dia mengundi di sebuah sekolah agama di Padang Rengas tapi sekarang sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi di Lubuk Merbau. Ok la juga dapat dekat dengan rumah. DUN dan Parlimen masih lagi sama. Buatnya dapat tempat yang jauh, naya je. Tapi itulah, pelik juga abang Mai tak pernah buat permohonan tukar tempat mengundi pun. Nasib baik semak awal, kalau semak last minute, rugi masa je la nanti kan. Emm.. memang boleh jadi macam ni ke?
Cara Buat Semakan Daftar Pemilih
Anda yang masih belum membuat semakan, bolehlah berbuat demikian sekarang ni. Mudah sangat untuk buat semakan maklumat pusat mengundi. Semuanya di hujung jari saja. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membuat semakan, antaranya:
1. Semak di laman web https://pengundi.spr.gov.my/
Hanya masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK, terus maklumat pusat mengundi anda terpapar.
2. SMS
Taip: SPR jarak NoKP dan hantar ke 15888
Contoh: SPR 881211001234
Untuk SMS, ada caj yang dikenakan. Caj penghantaran RM0.15 dan caj penerimaan RM0.20 (tidak termasuk GST)
Apa tunggu lagi... semak jangan tak semak. Perkara penting macam ni jangan diremehkan walaupun dah pernah mengundi dan tahu di mana pusat mengundinya. Takut jadi macam ni kan, tiba-tiba pusat mengundi bertukar sendiri.
Sementara ada masa lagi sebelum tarikh mengundi, kalau ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan tentang semakan daftar pemilih, anda boleh menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di talian 03-8892 7018.
Sementara ada masa lagi sebelum tarikh mengundi, kalau ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan tentang semakan daftar pemilih, anda boleh menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di talian 03-8892 7018.
* Fuhh.. tak sabar pula nak mengundi ni haaa
assalamualaikum mai...tahun ni x tahu dpt mengundi ke tidak...
BalasPadamwaalaikumussalam mama.. yeke, kenapa macam tu mama?
Padamtq bg link mengundi.dah tau dah undi kat mana
BalasPadamsama-sama :)
PadamHai Mai.. kakya punya pon dah bertukar sendiri gak huhuhu.. tapi nasib jugak makin dekat ngan umah mak kakya. Dulu kat sekolah menengah skarang kat sekolah rendah .. Ada jer yang masih kekal kat sek men.. tatau laa dia pkai sistem apa main tkar2 jer.
BalasPadamtu la.. boleh main tukar-tukar macam tu pulak kan. tapi nasib baik dapat dekat dengan rumah je
Padamyeay, dah tahu ngundi kat mana..")
BalasPadam