Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramadhan yang Dirindui Kini Kembali

Bulan Ramadhan Kembali


InsyaAllah semua umat Islam akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang sememangnya dinantikan. Seronoknya nak bertemu Ramadhan ni! Setahun menunggu, kini baru ia kembali. Lama betul menanti.

ramadhan


Solat tarawih berjemaah di surau kampung, bersahur dan berbuka puasa bersama-sama keluarga, bertadarus beramai-ramai, cari baju raya sama-sama... mungkin ini yang buat kita rindu pada bulan Ramadhan kan. Lagi, kerana setiap ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini akan diganjarkan dengan pahala berganda.

Dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memasuki bulan Ramadhan ni? Tenaga, kesihatan dan lain-lain lagi semuanya perlu diambil kira. Minda juga kena jaga supaya tak mudah tergoda dengan perkara yang melalaikan dan mengurangkan pahala puasa. Jika rasa tersasar dari jalan yang betul, ingat kembali niat kita puasa kerana-Nya.

HOT! Baca ini: Hantu Ramadhan

Ada juga yang excited nak raya bila dengar je perkataan Ramadhan. Sebabnya, teringat raya. Apabila tiba bulan Ramadhan, jangan terus ingat raya. Fikir dulu amalan-amalan yang nak dipenuhi pada bulan rahmat ini, baru puasa Ramadhan diberkati dan diredhai Allah, InsyaAllah.

Tapi kan.. macam mana sekalipun, mesti nak fikir pasal raya juga. Betul tak? Tak mengapa, tiada salahnya pun. Buatlah persiapan asalkan jangan lupa kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan ini sehingga kita terlupa dengannya kerana sibuk menyiapkan persiapan raya. Berpada-pada itu kan lebih baik.

Kerana bulan Ramadhan itu datang sekali dalam setahun, perlu kita manfaatkan bulan ini dengan sebaik-baiknya. Ruginya kita kalau abaikan bulan Ramadhan ni. Segala apa yang kita dapat, pelajari dalam bulan Ramadhan ini biarlah berterusan sehingga ke bulan-bulan seterusnya.

Malam ini dah mula tarawih kome oi, ate moh le kita. Jom hidupkan rumah, masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti agama. InsyaAllah takde ruginya.


1 ulasan for "Ramadhan yang Dirindui Kini Kembali"

  1. hahaha selamat berpuasa maisara! baju raya dah beli belum? :p

    BalasPadam