Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sudah Masuk Fasa Kedua Ramadhan

Fasa Kedua Ramadhan


Pejam celik, pejam celik... rupanya, sudah 10 hari kita melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah! Kita masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan pula.

Fasa Kedua Ramadhan

Apa yang ada dalam fasa kedua Ramadhan ini?

Keutamaan 10 Hari Kedua
Seperti yang diketahui umum, 10 hari kedua ini adalah fasa keampunan. Seperti petikan artikel daripada laman web IKIM yang bertajuk '3 Rahsia Keajaiban Ramadan' yang berbunyi:
Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan dan Allah SWT menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan solat sunat tarawih, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus. Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi. Malah, menerusi perbincangan bertajuk ‘Tiga Rahsia Ramadan’, Ustaz Muhammad turut menyatakan bahawa bagi meraih pengampunan daripada Allah SWT, amalan istighfar amat digalakkan serta melakukan amalan-amalan lain sepeti berwuduk dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Untungnya kita umat Islam bukan? Sementara kita masih berpeluang merasai nikmat di bulan Ramadhan ini, guna dan manfaatkan bulan ini sepenuhnya dengan menggandakan kuantiti dan kualiti ibadat dan pelbagai amalan baik dengan ikhlas.

HOT: AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan juga Allah berikan juga waktu mustajab berdoa dalam bulan Ramadhan ini iaitu ketika waktu sahur dan berbuka puasa. Seperti dalam hadis Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Jadi, mari kita banyakkan berdoa dengan seikhlas hati serta berusaha agar Allah mendengar doa-doa kita dan memakbulkannya, InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberi perubahan yang positif kepada kita dan dapat meneruskan amalan baik dalam bulan Ramadhan ini dalam kehidupan seharian. Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan Ramadhan, maka janganlah kita mensia-siakannya, akhirnya kita juga yang rugi.


2 ulasan for "Sudah Masuk Fasa Kedua Ramadhan"

  1. Bagus sangat artikelnya....semoga kita nanti bisa menyelesaikan puasa dengan baik...salam kenal

    BalasPadam
  2. cepat sangat terasa ramadhan berlalu kali ini.. tup2 dah raya..

    BalasPadam