Untungnya Warga Ibu Kota dapat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Bantuan Bas Sekolah Percuma
Baru-baru ini, Mai berjumpa dengan kawan sekolah yang sudah lama tak bertemu. Saja sembang-sembang dengan kawan, selit cerita kenangan zaman naik bas sama-sama waktu sekolah dulu. Sampailah ke cerita bantuan bas sekolah percuma yang dah pun wujud pada masa ini.
Foto Utusan Online |
Setiap hari biasa dalam jam 6.30 pagi di kawasan rumah, nampak beberapa orang pelajar sedang berjalan kaki menuju ke perhentian bas dengan uniform sekolah berkain biru muda dan berseluar hijau tua. Tak lain tak bukan, mesti nak tunggu bas sekolah. Yelah, bas sekolah menjadi pengangkutan utama untuk ke sekolah. Jarak yang jauh dari rumah dan ibu bapa keluar awal bekerja membuatkan pelajar perlu menggunakan kenderaan awam ini.
Mai sendiri pernah menjadikan bas sekolah sebagai pengangkutan wajib ketika di sekolah menengah dahulu. Teringat pada waktu itu, setiap hari naik bas sekolah kerana abah bekerja ikut shif dan jarak sekolah dari rumah juga agak jauh. Makanya sedikit perbelanjaan perlu diperuntukkan untuk tambang bas sekolah.
Kini, bas sekolah percuma telah pun menjadi kenyataan atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang telah bermula pada 3 Januari 2017. Tapi bantuan ini untuk siapa sebenarnya?
Siapa yang Layak Terima Bantuan Bas Sekolah Percuma?
Seperti yang kita tahu, mereka yang tinggal di PPR dan PA adalah dari golongan berpendapatan rendah. Jadi, anak-anak penghuni di situ amat layak mendapat bantuan yang bagus ini.
Kemudahan bas sekolah secara percuma ini dinikmati oleh lebih 8000 anak-anak di PPR MTEN dan PA DBKL .
Foto Utusan Online |
Manfaat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Jika direnung kembali, banyak manfaat yang dapat daripada bantuan ini. Yang utamanya, perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dengan adanya bantuan ini.
Jika hanya seorang anak di dalam satu keluarga yang menaiki bas ke sekolah, perbelanjaan untuk tambang masih boleh diterima. Jika lebih daripada seorang, semakin tinggi kos yang diperlukan untuk tambang semata-mata. Ditambah pula dengan pendapatan ibu bapa yang rendah. Perbelanjaan lain juga perlu difikirkan. Jadi, bantuan ini dengan kos RM80 yang diperuntukkan untuk setiap pelajar seperti yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, memang sangat membantu para ibu bapa meringankan beban kewangan mereka.
Kadang-kadang ada juga segelintir pelajar yang kurang berkemampuan tak hadir ke sekolah hanya kerana belanja tambang bas tak cukup. Ya, ini benar-benar berlaku. Jika perkara ini sering terjadi, sedikit sebanyak ia akan mengganggu prestasi anak-anak dan membuatkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.
Dengan adanya Bantuan Bas Sekolah Percuma ini, anak-anak akan berasa seronok untuk ke sekolah dan lebih fokus dalam pelajaran. Ibu bapa tak perlu susah hati lagi untuk menyediakan wang tambang bas sekolah. Tidak ada alasan untuk ponteng dengan wujudnya bantuan seperti ini.
Foto GPS Bestari |
Alhamdulillah, beruntungnya pelajar anak-anak penghuni PPR MTEN dan PA DBKL di ibu kota yang mendapat bantuan bas sekolah percuma. Banyak kan faedah daripada bantuan ini? Bantuan yang disediakan oleh DBKL ini tidak sepatutnya disia-siakan, perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Pada keseleruhannya, program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini memberikan kesan positif yang besar dalam sesebuah keluarga terutamanya dari segi kewangan.
Mai sangat setuju jika program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini diteruskan agar lebih ramai golongan yang layak menikmatinya. Harapnya semoga negeri lain juga mengikut jejak langkah seperti KWP dan DBKL yang menyediakan bantuan seperti ini agar sama-sama dapat merasainya.
alhamdulillah beruntung anak-anak ada perkhidmatan bas percuma macam ni
BalasPadambetul.. dapat juga bantu keluarga ringankan beban kewangan
PadamProgram macam ni serius sangat membantu isi rumah yang berpendapatan terhad.bila ada program macam ni ringan sikit beban walaupun bagi orang lain macam kecil je.
BalasPadamsetuju.. memang bantu kurangkan belanja
PadamBagus program macam ni dilaksanakan terutama di kawasan bandar yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekurangnya ada program bas sekolah percuma ni dapat membantu meringankan kos perbelanjaan anak-anak.semoga program ini menjadi model pada kawasan-kawasan yang lain.
BalasPadammeringankan kos perbelanjaan sudah semestinya
PadamAlhamdulillah.... usaha murni pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan fasiliti terbaik untuk anak2... seronok dapat naik basa percuma... Ibu bapa lah paling senyum kegembiraan kan.. bas free kott.. hehehehe
BalasPadammesti la seronok kan. percuma ;)
Padamwahhh untung sapa duk kl ringan sikit beban nak hadap jem di kala mau ambik anak ke sekolah jimat dah masa kat situ kalau ada pengangkutan mcm ni kan..
BalasPadambetul tu.. naik bas sekali jalan
PadamUntung meerkat dapat perkhidmatan bas percuma ni. Harap2 setiap negeri di Malaysia ni dapat memperkenalkan inisiatif seperti ini untuk meringankan beban rakyat negara kita, terutamanya yang memerlukan.
BalasPadamharapnya begitu juga, insyaAllah
PadamAlhamdulillah ada bantuan bas percuma ringan sikit beban ibu bapa warga wilayag
BalasPadamAlhamdulillah...
Padambertuahnya warga kota..semua kemudahan disediakan..itupun kalau merungut jugak x tau la akak...anak2 kita zaman ni memang beruntung sangat
BalasPadamsangat bertuah kan
PadamBagus program ni. Sikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa yg tak berkemampuan..semoga program ini akan diteruskan
BalasPadaminsyaAllah semoga diteruskan
Padamsekurang-kurangnya dapat meringankan bebn bagi golongan yang kurang berkemampuan.. tapi lagi best kalau dipanjangkan perkhidmatan bas percuma ni di satu malaysia.. amboii demand! hahahaaa..
BalasPadamsaya still ingat dulu punyalah nak struggle naik bas. ayah cari duit lebih sbb nak bgi naik bas. budak skrg untung dpt free je
BalasPadamsaya pun sama, teringat masa sekolah dulu
PadamTerlalu byk bantuan disediakan uyk golongan pendptan rendah & sederhana. Takde alasan dah nak kata serba serbi x cukup. Maka, kena lebih usaha utk pertingkatkan kualiti hidup masing2. Terutama dlm bab anak-anak. Anak-anak da boleh trima pendidikan dgn sempurna agar dpt ubah nasib ibubapa di masa depan.
BalasPadamye, perlu berusaha lebih lagi
Padambagusnya ada usaha begini. cukup meringankan beban ibu bapa.
BalasPadamzaman saya dulu 50 sen je setiap hari. haha. itu pun kalau rajin akan jalan kaki setengah jam dengan kawan-kawan. eh rindu pulak teringat zaman dulu kan. XD
tau takpe.. besttt
PadamBaru tahu ada bas sekolah percuma macam ni. Bagus betul..sekurang kurangnya meringankan beban orang orang yang kurang berkemampuan ni.
BalasPadamKalaulah ada kat area rumah sis memang sis apply ni utk anak
betul sangat-sangat membantu kan program ni
PadamKerajana sekarang dah cukup prihatin kepada rakyatnya dan mereka memang membantu rakyat jadi rasa tak perlu tukar kot baru lah apa yang dirancang terus berjalan dan majunya..
BalasPadamprihatin kepada rakyat sepatutnya yang dibuat oleh mereka
PadamGood initiative by the government. The assistance is much needed for some kids. And this ensures that they get to school safely.
BalasPadamagree with you
PadamIt's good that they finally have this kind of service that benefits the young and future leaders of the country. It would be better is this becomes an educational system-thing whereby every school kid get to enjoy this service.
BalasPadamagree!
PadamSangat sokong dengan program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBK ini. Harap teruskan sampai bila2. Bantu golongan berpendapatan rendah dan memudahkan urusan anak-anak ke sekolah dengan selamat.
BalasPadamitulah harapannya.. moga negeri lain ikut jejak langkah mereka
PadamSenang la macam tu bila dapat perkhidmatan bas percuma. Tapi servisnya macam mana? Elok tak? Sebab kadang2 yang percuma ni dorang buat ala kadar je, huhu.
BalasPadamsetakat ni banyak dengar maklum balas yang positif
PadamMenarik betul program ni. Boleh meringankan beban ibu bapa. Dah la tambang bas sekrang mahai kan huhu
BalasPadambetul itu sudah semestinya
Padambagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak
BalasPadambetul sangat tu
PadamUntung la budak skrg..kita dulu jenuh la nak tgu bas siap kena byr lagi..pdhl sekolah dekat je..bagus la dpt bas percuma at least dlm ade la dpt something dr kerajaan
BalasPadambetul tu
Padambagusnya program sebegini...
BalasPadambagus kan
PadamPercuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah setiap bulan :)
BalasPadambetul.. percuma! dapat berjimat kan? :)
PadamBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
BalasPadamsetuju, sangat membantu mereka
PadamMemang untung warga KL
BalasPadamrasa nak jadi orang KL je hehehe
Padamaah byk untung..harap diteruskan di negeri lain jugak hihi
BalasPadamharapnya begitulah, insyaAllah
Padamsyukur ada inisiatif ni. Lega mak bapak yg duduk KL
BalasPadamAlhamdulillah
PadamRamai juga anak murid nikmati bas percuma ni. Alhamdulillah..
BalasPadamsyukur.. sama-sama dapat merasa
PadamAlhamdulillah, harap-harap ianya diteruskan la kan
BalasPadam