Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nafas Terhenti Di Malam Hari

Nafas berhenti mengejut


Sedang sedap tidur pada suatu malam, nafas terhenti tiba-tiba. Apa lagi, terus Mai terjaga dari lena. Kemudian bermonolog "aku dah mati ke?". Ditambah dengan keadaan bilik yang gelap pada masa itu, cemas seketika.

Nafas berhenti mengejut
Foto Google

Rupa-rupanya nafas terhenti kerana kedua-dua lubang hidung tersumbat disebabkan selesema. Fuhhh.. ingat nyawa dah habis tanpa sempat mengucap.. Allah.. Amalanku masih belum cukup untuk ke alam sana!

Ketika ini, macam-macam perkara datang menjengah ke dalam minda.

Lihat.. sakit itu memang mengingatkan kita tentang kematian kan?

Sebenarnya ini adalah satu teguran Allah kepada kita.

Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan kehidupan di dunia sehingga terlupa akhirat sana. Seronok mengejar wang dan harta sampai mata kabur tak nampak jalan menuju Allah. Teguran manusia pun dibiar sepi tanpa ada rasa bersalah dalam diri.

Kerana makin menjauh dengan-Nya, Allah beri sedikit peringatan kepada manusia. Teguran yang diberi itu tandanya Allah sayang. 

"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati". Maka jomlah kita jadi orang yang bijak.


Berbalik kepada cerita selesema tadi, 2 minggu lepas demam datang menjengah, disertai juga dengan batuk dan selesema. Pakej lengkap ni. Tapi Alhamdulillah demamnya cuma sehari, selesama hilang dalam seminggu juga. Batuk pula dah lebih 2 minggu tapi masih belum baik lagi. Kadang-kadang kalau batuk terlalu kuat, sampai kahak keluar darah sekali.

Satu keluarga kena demam pakej ni. Penat betul rasanya. Nak siapkan kerja design pun terbantut. Tapi Alhamdulillah keadaan makin beransur baik.

Semangat nak siapkan kerja yang tertangguh ni.


2 ulasan for "Nafas Terhenti Di Malam Hari"

  1. salam..
    yaya singgh melawat org sakit..huhu
    Alhamdulillah da beransur baik..jga kesihtn.kena minum air kosong bebanyk tu. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah :) ye betul tu.. air masak kena selalu minum

      Padam