Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Semerah Cinta Humairah Lakonan Janna Nick dan Fahrin Ahmad

Drama Semerah Cinta Humairah


Siapa peminat drama terbaru Semerah Cinta Humairah dalam slot Samarinda TV3? Drama yang dibintangi oleh Janna Nick dan Fahrin Ahmad ini baru saja bermula tapi aura drama ini berjaya menarik Mai untuk layan hehe..

Drama Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah


Serba sedikit tentang drama Semerah Cinta Humairah..

Humairah dijodohkan dengan Shahir sebagai meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Perkahwinan ini tak bermakna kepada Shahir kerana dia sudah ada kekasih, Camelia. Perkahwinan yang disangka memberi cahaya baru dalam hidup Humairah rupa-rupanya tidak seindah yang diharapkan. Humairah mengandung dan lahirnya Harith. Saiful, kekasih lama Humairah (adik Shahir) balik dari London “As a Wake Up Call” kepada hubungan dingin Humairah dan Shahir. Shahir cemburukan Saiful dan Humairah. Camelia terus cari helah pisahkan mereka. Datin Suria berusaha rapatkan mereka. Musibah datang,Shahir kemalangan,lumpuh dari pinggang ke bawah.

Perkahwinan anak yang diaturkan oleh ibu bapanya. Mesti menarik plot ceritanya sampai ke akhir nanti.

Suka tengok Janna Nick melakonkan watak Humairah. Comel dan ayu je dengan tudung labuhnya dan kening gelapnya. Lemah lembut lagi tu.

Digandingkan pula dengan Fahrin Ahmad sebagai Shahir yang sudah memiliki buah hatinya. Tetapi Shahir akur dengan kata ibunya yang mahu dia berkahwin dengan Humairah walaupun cintanya masih kepada Camelia, teman wanitanya kerana terikat dengan syarat yang telah ibunya tetapkan.

Drama Semerah Cinta Humairah ini sedang ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda, bermula jam 10 malam selama satu jam. Kalau nak menonton online, bolehlah ke http://www.tonton.com.my.



Catat Ulasan for "Semerah Cinta Humairah Lakonan Janna Nick dan Fahrin Ahmad"