Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 Sayangi Malaysiaku
Hari Kebangsaan Malaysia
Bulan Ogos adalah bulan kebangsaan Malaysia, yang mana bulan ini memperingati kita tentang kemerdekaan yang telah kita kecapi sebelum ini. Logo dan tema Hari Kebangsaan ke-61, Sayangi Malaysiaku kali ini sememangnya bertepatan dengan tindakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Bukan senang orang lama kita dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Maka, dengan adanya sambutan Hari Kebangsaan ini mengajak kita untuk bersyukur dengan keamanan Malaysia yang dikecapi kini. Sayang Malaysia, itulah yang sepatutnya setiap rakyat sematkan dalam hati. Sentiasa bersatu padu walaupun hidup dalam keadaan berbilang kaum.
Jom ketahui tema dan kenali logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 dengan lebih lanjut.
Sayangi Malaysiaku - Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (sumber Metro), tema 'Sayangi Malaysiaku' yang dipilih, adalah untuk meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61
Ia membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.
Untuk pengetahuan anda, logo dan lagu tema Hari Kebangsaan ke-61 ini telah dipilih oleh Perdana Menteri sendiri.
Begitulah serba sedikit tentang tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61. Jom kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita sayang Malaysia. Bersama kita rakyat Malaysia mengekalkan keamanan negara kini dan seterusnya.
suka logo tu. nampak kemas, cantik
BalasPadambetul tu ;)
PadamMesti berbeza sambutan kali ini
BalasPadammungkin, sebab kerajaan dah berbeza
PadamTak lama jer lagi Hari Kebangsaan kan..sekarang sana sini dah buat perasmian sambutan kemerdekaan especially sekolah2..aktiviti pun dah banyak dah...
BalasPadambetul.. lagipun Ogos bulan kebangsaan kan
PadamBagus sangat ini tema dan logonya...
BalasPadamiya :)
Padampatutla da nampak ayat SAYANGI MALAYSIAKU kt papan tnda jln tu.agak da mesti ni tema utk tahun ni =)
BalasPadamtu lah tema hari kebangsaan tahun ni ;)
Padam