Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 Sayangi Malaysiaku

Hari Kebangsaan Malaysia


Bulan Ogos adalah bulan kebangsaan Malaysia, yang mana bulan ini memperingati kita tentang kemerdekaan yang telah kita kecapi sebelum ini. Logo dan tema Hari Kebangsaan ke-61, Sayangi Malaysiaku kali ini sememangnya bertepatan dengan tindakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sayangi Malaysiaku

Bukan senang orang lama kita dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Maka, dengan adanya sambutan Hari Kebangsaan ini mengajak kita untuk bersyukur dengan keamanan Malaysia yang dikecapi kini. Sayang Malaysia, itulah yang sepatutnya setiap rakyat sematkan dalam hati. Sentiasa bersatu padu walaupun hidup dalam keadaan berbilang kaum.

Jom ketahui tema dan kenali logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 dengan lebih lanjut.

Sayangi Malaysiaku - Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61


Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (sumber Metro), tema 'Sayangi Malaysiaku' yang dipilih, adalah untuk meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61


Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61

Pencipta logo sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 adalah Nik Zulkifli Nik Hitam. Logo yang terdiri daripada 4 warna ini menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, beserta satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Ia membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara. 

Untuk pengetahuan anda, logo dan lagu tema Hari Kebangsaan ke-61 ini telah dipilih oleh Perdana Menteri sendiri.

Begitulah serba sedikit tentang tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61. Jom kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita sayang Malaysia. Bersama kita rakyat Malaysia mengekalkan keamanan negara kini dan seterusnya.


10 ulasan for "Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 Sayangi Malaysiaku"

  1. suka logo tu. nampak kemas, cantik

    BalasPadam
  2. Mesti berbeza sambutan kali ini

    BalasPadam
  3. Tak lama jer lagi Hari Kebangsaan kan..sekarang sana sini dah buat perasmian sambutan kemerdekaan especially sekolah2..aktiviti pun dah banyak dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. lagipun Ogos bulan kebangsaan kan

      Padam
  4. Bagus sangat ini tema dan logonya...

    BalasPadam
  5. patutla da nampak ayat SAYANGI MALAYSIAKU kt papan tnda jln tu.agak da mesti ni tema utk tahun ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah tema hari kebangsaan tahun ni ;)

      Padam