Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tutorial Letak Widget Top Commentators dalam Blog Blogspot

Letak widget top commentators dalam blog


Baru-baru ini ada rakan blogger yang bertanyakan tentang cara letak widget top commentators dalam blog. Jadi kali ini Mai nak berkongsi dengan anda tutorial meletakkan widget ini dalam blog.

widget top commentators

Meletakkan widget top commentators dalam blog bagaikan kita menghargai pembaca setia dengan komen membina mereka. Widget ini juga menjadikan blog lebih menarik. Pengunjung blog akan meninggalkan komen di blog anda untuk mendapatkan back-link, trafik profil dan blog mereka.

Salah satu widget top commentators yang mudah digunakan adalah daripada Sneeit. Sebabnya mudah, boleh set ikut kehendak kita lagi tu.

Senang saja caranya untuk meletakkannya dalam blog, hanya masukkan kod dalam ruangan HTML/Javascript dalam layout blog.

Ikuti langkah mudah di bawah ini.

Cara letak widget top commentators dalam blog


1. Pergi ke laman Sneeit atau klik terus link ini > widget top commentators Sneeit 

2. Scroll bawah sehingga jumpa borang ringkas ini.

widget top commentators

3. Isi borang tersebut ikut kehendak anda sendiri.

Apabila dah siap isi, klik butang oren Add Widget dan akan keluar gambar seperti di bawah ini:

widget top commentators

Klik butang Add Widget, selepas klik anda akan terus dibawa ke layout blog anda. Di layout blog, anda boleh ubah kedudukan widget ini dan edit tajuk widget.

Siap! Anda dah boleh lihat widget ini di blog anda. Selamat mencuba tutorial mudah ini.


6 ulasan for "Tutorial Letak Widget Top Commentators dalam Blog Blogspot"

  1. Thanks for the tutorial. Nak try buat lah nanti ☺

    BalasPadam
  2. Menarikk..nanti boleh cuba buat..tq share ��

    BalasPadam
  3. Wow menarik.nak cuba lah.tq for sharing

    BalasPadam
  4. Tq share tutorial ni..nanti boleh cuba buat la..

    BalasPadam