Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puas Hati dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub terbaik!


Setakat ini, Alhamdulillah muka Mai kurang masalah kulit. Cuma bintik hitam atau blackhead yang ada pada hidung dan pori kulit pada hidung serta kawasan sekelilingnya agak terbuka besar. Cari punya cari penyelesaiannya, akhirnya berjumpa dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub.


Baru-baru ini Mai diperkenalkan dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub. Satu jenama penjagaan kulit yang tidak menghampakan penggunanya. Sentiasa memberikan hasil yang menakjubkan kepada penggunanya.

Betul, Mai sendiri amat berpuas hati dengan hasil setelah menggunakan scrub ini. Hasilnya, blackhead pada hidung semakin berkurang dan menghilang. Pori muka pula semakin mengecil. Kulit muka juga rasa lembut.

Mana tidaknya, pori yang tersumbat dengan kotoran dikeluarkan dengan scrub muka St Ives Blackhead Clearing Green Tea ini. Baunya juga yang wangi membuatkan Mai lagi seronok menyental. Sekali anda guna mesti jatuh hati.

Selepas muka diurut dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub, kulit muka juga kurang berminyak. Scrub ini sesuai dan ngam dengan kulit muka Mai.

Cara Menggunakan Scrub Wajah


Mudah saja cara menggunakannya..

  1. Bersihkan kulit muka dengan pembersih muka kemudian bilas.
  2. Selepas itu, picit sedikit scrub pada tapak tangan dan gosok perlahan.
  3. Urut wajah dengan gerakan kecil secara membulat, gunakan tekanan lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit muka.
  4. Apabila selesai, bilas dan kering dengan tuala bersih.
  5. Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil terbaik.

Senang je kan? Kalau kulit muka anda menghadapi masalah blackhead dan pori besar, apa kata anda cuba St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini. Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Tak susah nak mencari scrub ini. Jenguk Watson, Guardian atau mana-mana pasar raya terpilih.. insyaAllah ada.

Jom usaha dapatkan kulit wajah sihat!



6 ulasan for "Puas Hati dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub"

  1. cheq pun suka jugak St Ives ni. dari sek menengah guna. tho ada few selections tapi yang cemni wajib ada. suka yang apricot n coconut =D

    BalasPadam
  2. saya pun suka guna scrub ni. baru cuba sebulan yang lalu dan ianya berhasil. memang wangi dan lembut sangat muka tu lepas pakai.

    https://nurulnajihah38.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ramai juga yang share positive review untuk st ives green tea ni

    BalasPadam