Kenapa Takut Makan Ubat Hospital?
Takut Makan Ubat Hospital
Ada yang kata, jangan terlalu bergantung dengan ubat hospital nanti badan boleh rosak lagi cepat. Benarkah begitu? Kata-kata negatif inilah yang membuatkan segelintir orang takut makan ubat hospital.
Laaa... kenapa nak takut pula. Ubat-ubat yang kita dapat dari hospital itu, mengikut preskripsi daripada doktor. Doktor yang merawat, mestilah dia tahu jenis ubat yang patut diambil oleh pesakit dan dos ubat yang betul untuk para pesakitnya.
Foto dari Google |
Mai sendiri pernah ambil ubat hospital selama hampir 5 bulan kerana jangkitan Sporo pada kulit. Ubat Sporo itu ada kesan sampingan jika diambil dalam jangka masa panjang. Tapi Mai tak risau sebab sepanjang ambil ubat Sporo, Mai ambil ubat mengikut dos seperti yang diarahkan oleh doktor.
Setiap 2 bulan sekali, doktor akan suruh buat pemeriksaan darah di hospital untuk memantau tahap kesihatan. Apabila luka Sporo sudah sembuh, hanya tinggal parut.. doktor suruh berhenti makan ubat tersebut sebabnya dah pulih. Alhamdulillah kini Mai dah bebas daripada jangkitan Sporo.
Kalau semasa pengambilan ubat terdapat sebarang masalah, berbincang dengan doktor, kemudian mereka akan mengenalpasti sesuatu masalah dan akan berusaha cari penyelesaian yang terbaik. Ubat yang dibekalkan kepada pesakit pula, bukan sebarang ubat dan bukan murah. Nampak.. doktor sangat menjaga pesakitnya kan? Cuma kadang-kadang kita tidak menghargainya, malah ada yang menuduh doktor dan ubat hospital menjadi punca sesuatu penyakit.
Sebenarnya ramai pesakit yang bergantung dengan ubat hospital. Alhamdulillah dengan izin Allah mereka dapat meneruskan kehidupan dengan bantuan ubat tersebut.
Kita yang masih diberi nikmat sihat, janganlah momokkan mereka dengan pelbagai kata negatif yang akhirnya akan membuat mereka tinggalkan ubat hospital. Kalau nak jual produk kesihatan atau makanan tambahan sekalipun, mohon janganlah sehingga keluarkan kata-kata yang memesongkan fakta yang benar demi mengaut keuntungan semata-mata.
Senang.. kalau sakit, jumpa doktor. Ada kalanya tak semua petua tradisional ngam dengan badan kita. Sudah ada teknologi yang memudahkan kita, manfaatkannya untuk kebaikan bersama.
Makan apa pun jika berlebihan, pasti ada kesan sampingan. Rujuk kepada yang pakar, InsyaAllah baik-baik saja.
Alhamdulillah, Mai dah baik dari jangkitan Spora. Betul kata Mai,better jumpa doktor... Kekadang ada jugak petua yang tak ngam dengan kita.
BalasPadamya.. apa-apa pun dapatkan nasihat doktor kerana mereka lebih arif dalam bidang kesihatan kan
PadamSha kalau gi jumpa doktor memang saat dah tak berdaya nak tahan sakit.. Masa tu memang ubat makan.. Tapi kalau sikit-sikit tu biasanya tahan sendirilah.. kikiki.. Sebab penakut ubat.. hahaha
BalasPadamAlhamdulillah sudah sihat kembali. Betul tu, jangan tinggalkan ubat hospital dan nasihat daripada doktor atau pakar. Mereka lebih arif tentang sesuatu penyakit tu.
BalasPadamMakanan bersederhana kan, setuju sangat dengan pernyataan terakhir
BalasPadamLiez bukanla seorang yang sukamakan ubat tapi klau sakit teruk sgt baru makan.. kalau makan ikut description yang diberikan tak memberikan kesan sampingan yang teruk
BalasPadam