Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bercuti dengan Vietnam Tour Packages Traveloka

Vietnam Tour Packages Traveloka

Vietnam Tour Packages Traveloka | Teringin pula rasanya bercuti di Vietnam. Baru-baru ini Mai ada baca tentang Vietnam di sebuah laman web. Rupanya banyak tempat menarik di sana! Sesuai sangat untuk bercuti bersama yang tersayang sambil menikmati keindahan alam, sejarah negara dan makanan halal di negara tersebut.

Cuti sekolah pula semakin mengahampiri. Elok sangat buat perancangan untuk bercuti sekarang ini. Bercuti ramai-ramai lagi meriah kan? Dengan keluarga atau rakan-rakan, mesti seronok nanti. Jadi, bolehlah mula cari tempat menarik di Vietnam untuk dilawati.

Daripada apa yang Mai baca di laman web tentang tempat menarik di Vietnam, banyak juga yang ada dalam senarai. Salah satunya di bandar Ho Chi Minh, di sini pun dah boleh lawat banyak tempat menarik.

Ho Chi Minh City


Kalau melancong, mengambil gambar kenangan adalah aktiviti yang wajib dibuat. Banyak tempat menarik di Ho Chi Minh yang ‘Instagrammable’. Banyak bangunan bersejarah dan moden dengan rekaan yang unik dan taman-taman menarik dengan hiasan tumbuhan dan kolam.

Antara yang menarik adalah bangunan pencakar langit 68 tingkat Bitexco Financial Tower di Ho Chi Minh. Rekaannya yang moden memang memukau mata yang memandangnya. Dari skydeck yang ditempatkan di tingkat 48 menara itu, kita boleh melihat pemandangan sekitar bandar. Pasti menarik ni!

Bitexco Financial Tower
Skydeck Bitexco Financial Tower

Bangunan bersejarah seperti Central Post Office, Saigon Opera House, Museum of Vietnamese History dan Fine Arts Museum. Lihat, cantikkan reka bentuknya? Kamera dan telefon pintar anda jangan lupa bawa untuk simpan momen indah di sini bersama tersayang.

Central Post Office
Saigon Opera House
Saigon Opera House
Museum of Vietnamese History
Museum of Vietnamese History
Vietnam Fine Arts Museum
Fine Arts Museum

Binh Tay Market juga memiliki senibina yang cantik. Macam-macam ada di sini, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut hinggalah ke cenderamata. Kalau nak beli buah tangan untuk saudara-mara dan rakan-rakan, cari saja di pasar ini.

Binh Tay Market
Binh Tay Market
Setelah penat berjalan, berehat sebentar dengan menonton Water Puppet Show atau persembahan boneka air pasti membuka mata para penonton. Kalau di Malaysia ada wayang kulit dengan ceritanya, di Vietnam ada Water Puppet Show. Beberapa boneka diletakkan dalam air dan cerita seperti mitos-mitos, budaya dan kehidupan kampung Vietnam dipersembahkan kepada penonton.

Water Puppet Show
Water Puppet Show

Malamnya pula, bersiar-siar di Starlight Bridge. Sangat cantik pemandangannya yang dihiasi dengan lampu berwarna-warna di situ. Pasti rasa tenang minda dan mata bila ke sini.

Starlight Bridge
Starlight Bridge

Atau jika mahu melihat bandar Ho Chi Minh berwarna-warni dengan lampunya dari sungai, bolehlah menyusuri Sungai Saigon dengan menaiki kapal dengan harga berpatutan.


Kalau perut sudah berbunyi meminta diisi, makanan halal pasti dicari ketika ini. Yelah ada di tempat orang kan. Nak makan pun ragu-ragu. Tapi dah tengok, ada kedai makan halal di sana. Antaranya Restoran Hjh Basiroh, Restoran Haji Os Man, Restoran Haji Idris, Restoran Musa Kariem dan Restoran Halal Amin. Kalau pandai cari, InsyAllah banyak jumpa yang halal. Bolehlah cuba Goi Cuon atau popia Vietnam di sana ya.


Tempat seperti Saigon Zoo and Botanical Gardens pasti akan dilawati sebabnya zoo dan taman botani ditempatkan dalam lokasi yang sama. Rin Rin Park yang cantik, taman yang dihiasi dengan rumput menghijau, batuan dan kolam berisi ikan koi dengan jambatan comel di atasnya. Kemudian bersantai di Turtle Lake atau Tao Dan Park. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus… pasti tenang berada di sini setelah penat berjalan melawat pelbagai tempat. 

Saigon Zoo and Botanical Gardens
Saigon Zoo and Botanical Gardens
Rin Rin Park
Rin Rin Park

Turtle Lake, Tao Dan Park
Turtle Lake atau Tao Dan Park

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang lain ada di sana. Best, macam-macam ada.

Tapi nak lawat pelbagai tempat menarik ini mungkin perlukan masa 2-3 hari di sana. Jadi kena fikirkan juga tentang penginapan dan tiket penerbangan pergi dan balik supaya tidak kelam kabut mencari apabila berada di sana nanti.

Sebelum nak ke sana, persiapan rapi mestilah dibuat terlebih dahulu. Supaya lebih mudah ke Vietnam. Cari punya cari, nampak Vietnam tour packages di Traveloka.

Terbaru daripada Traveloka iaitu Traveloka tour packages. Kini mereka menyediakan pakej kombo Penerbangan + Hotel. Apa yang menariknya dengan pakej ini?

Traveloka tour packages

Menariknya, pengguna dapat berjimat sehingga 11.5% dengan Pakej Penerbangan + Hotel. Ini bermaksud, jika membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel sekaligus, harga akan jadi lebih murah. Lagi seronoklah melancong kalau macam ni kan.

Traveloka tour packages
Jimat kan?

Tempah penerbangan dan hotel secara berasingan, rasa leceh juga kan. Dua-dua nak kena cari di laman web berbeza. Apabila ada pakej Penerbangan + Hotel Traveloka ini, sangat memudahkan pengguna.

Untuk pakej Penerbangan + Hotel ini, terdapat pelbagai pakej pelancongan yang Traveloka tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang kita mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai. Senanglah macam ni…

Bab bayaran pula, pelbagai kaedah pembayaran disediakan sama ada tunai atau kad untuk kemudahan anda. Pilih saja nak yang guna yang mana satu. Berbelanja melalui kredit dengan pelan ansuran 0% terkini Traveloka juga boleh.

Gembiranya hati dapat jimat banyak dengan pakej ini! Emm.. bagaimana pula nak buat tempahan pakej Penerbangan + Hotel di Traveloka?


Cara Menempah Pakej Penerbangan + Hotel di Traveloka


1. Cari Penerbangan + Hotel

Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.

tempah tiket traveloka


2. Pilih Kombinasi

Di halaman hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang diingini.

tempah tiket traveloka


3. Ubah kombinasi

Jika anda ingin mengubah kombinasi, tekan UBAH pada Penerbangan Anda semasa menggunakan Traveloka App. Untuk laman web Traveloka, klik Ubah Bilik atau Ubah Penerbangan.

tempah tiket traveloka


4. Tempah Penerbangan + Hotel

Semak ringkasan perjalanan dan klik Pilih untuk meneruskan. Isi butiran penempah dan pelancong, dan pastikan semua butiran adalah tepat.

tempah tiket traveloka


5. Teruskan dengan pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang inginkan. Setelah bayaran diterima, e-tiket dan baucar akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.

Mudah dan jimat masa bukan? Mana tidaknya, tempahan hotel dan penerbangan boleh dibuat dalam masa yang sama. Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android. Untuk IOS pula bakal menyusul.

Tunggu apa lagi? Cepat-cepat rancang percutian dengan yang tersayang. Jom berjimat dengan Traveloka!


Kredit foto:

https://goo.gl/9sZxPx
https://goo.gl/1nFUee
https://goo.gl/upRLNd
https://goo.gl/Zc6DRK
https://goo.gl/nRKFyD
https://goo.gl/dTU6cB
https://goo.gl/koNa2L
https://goo.gl/TdwMfw
https://goo.gl/QZtjG5
https://goo.gl/cMa87f
https://goo.gl/9jY5hz
https://goo.gl/iQZQWm
https://goo.gl/1nFUee


6 ulasan for "Bercuti dengan Vietnam Tour Packages Traveloka"

  1. Wah memang menarik negara Vietnam ni, nanti nak usha dalam Traveloka

    BalasPadam
  2. banyak tempat-tempat menarik kat vietnam ni.. cantik..

    BalasPadam
  3. Nampak ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di Vietnam ni. Nasib belum ada peluang untuk bercuti di negara ini lagi.

    BalasPadam
  4. bestnya kalau dpt ke snaa.. <3

    BalasPadam
  5. belum sampai ke vietnam lagi.... tapi banyak jugak tempat menarik dia...

    BalasPadam