Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dakwah Disebalik Lirik dan Lagu Bekas Kekasih Nyanyian Tomok

Dakwah dalam Bekas Kekasih oleh Tomok


Lirik dan Lagu Bekas Kekasih - Tomok | Zaman kini, zaman ujian. Mungkin kita yang masih kabur, tidak nampak dengan ujian tersebut. Lalu, terus leka dalam mainan ciptaan sendiri. Hari demi hari, waktu itu semakin menghampiri. Tapi apakah amalan kita sudah cukup untuk ke sana?

Lagu Bekas Kekasih-Tomok

Lagu Bekas Kekasih - Tomok




Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Kau harus terima
Itu hakikatnya
Tak seharusnya kita begini
Tak usah kembali lagi

Kau harus sedar
Tiada lagi ruang
Bersamamu
Bekas kekasih
Jangan kembali

Tak mudah cintaku kembali lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Kau harus terima
Itu hakikatnya
Tak seharusnya kita begini
Tak usah kembali lagi

Kau harus sedar
Tiada lagi ruang
Bersamamu
Bekas kekasih
Jangan kembali


Jangan kembali bekas kekasih...

Daripada lagu ini, Bekas Kekasih adalah masa silam diri sendiri yang penuh dengan perkara maksiat yang melalaikan dan yang menjauhkan diri daripada Allah. Macam-macam jenis maksiat ada kan.

Salah satu ujian yang semakin kerap dilihat, tukar jantina. Daripada lelaki menjadi perempuan dan juga sebaliknya. Mereka yang menukar jantina, ada yang tanpa segan silu menunjuk yang mereka bangga dengan perbuatan masing-masing yang salah itu. Tapi ada juga daripada golongan itu yang sudah kembali kepada fitrahnya semula, Alhamdulillah.

Kita yang masih belum diuji, berusaha dengan perbuatan dan berdoa agar kita terhindar daripada perkara seperti ini. Dakwah, nasihat dan doa tanpa henti daripada kita amat perlu untuk golongan itu. Semoga mereka lembut hati untuk berubah semula.

Waktu muda, hati sedang membuak-buak nak mencuba pelbagai perkara. Tapi jangan sampai tersalah cuba. Nanti merana diri. Jika sudah jauh tersasar, ingatlah Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Kembalilah kepada yang nyata.

Pesanan untuk saya, saya, saya dan kita semua.


4 ulasan for "Dakwah Disebalik Lirik dan Lagu Bekas Kekasih Nyanyian Tomok"

  1. dah tengok video klip ni semalam.
    sedap lagu dia..ada unsur dakwah.

    tp xleh tahan tengok si beto.
    tomok tu ada jugak nampak jelita dia.
    beto nampak betul "muka jantan" dia tu.
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe betul tu. nampak kerasa je beto. tomok comel juga haha

      Padam
  2. ingatkan lagu bekas kekasih tomok hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula ingat macam tu juga. Rupanya ada mesej yang disampaikan dalam lagu ni

      Padam