Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Amal Overnight Oats, Mengurangkan Berat Badan!

Overnight Oats Sarapan Pagi Mudah


Overnight Oats Mengenyangkan | Pernah dengar tak, "nak awet muda jangan lupa sarapan pagi". Betullah tu kan? Mai sendiri kalau tak sengaja skip sarapan pagi, rasa kurang bertenaga dan lemau je nak buat kerja.

Sarapan pagi ini sangat penting untuk membekalkan tenaga supaya dapat memulakan hari kita dengan cergas. Ada yang skip sarapan pagi dengan alasan tidak sempat menyediakannya. Ada yang kata, tak biasa ambil sarapan pagi. Ada juga yang kata tak ambil sarapan pagi sebab nak kurus. Eh, tak betul ni.

Sebenarnya, banyak resepi mudah yang boleh dibuat untuk sarapan pagi. Tak semestinya nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan lain-lain lagi. Contoh sarapan yang mudah lagi menyihatkan... overnight oat, roti wholemeal sandwich telur, roti wholemeal dan telur separuh masak, roti bakar, chicken wrap dan macam-macam lagi. Pilih yang sihat, insyaAllah sihatlah yang kita dapat.

Overnight Oats diet
Overnight Oats Buah Epal

Overnight oats, paling mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang perlu ada, susu, rolled oat dan buah-buahan pilihan sendiri. Nak tambah madu sikit pun boleh. Bagi Mai, kalau tak campur madu pun sudah cukup rasanya. Berkhasiat, sihat dan mengenyangkan. Mai suka letak buah epal merah atau mangga. Sedapnya!


Resepi Overnight Oats Mudah


Bahan-bahan:

5-6 sudu rolled oat
1 cawan susu segar (Mai bancuh susu tepung je 😁)
Buah-buahan pilihan (pilih buah yang tak banyak air)
1 sudu teh madu (tak letak pun takpe)

Cara membuatnya:

Campur kesemua bahan kedalam satu bekas. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Guna rolled oat sebab khasiatnya banyak berbanding instant oat.


Senang je kan? Nak pergi kerja, bawa terus overninght oat ni kalau tak sempat makan di rumah. Kalori overnight oats cukup untuk membuatkan kita bertenaga.

Makan... Mudah je. Bila kita lapar, kita akan lebih memikirkan tentang makan. Mulalah banyak senarai dalam otak, nak makan itu ini. Disebabkan itu, ada yang ambil makanan ringan sebagai alas perut. Maka penuhlah laci meja di pejabat dengan stok makanan ringan. Kena ingat makanan ringan ini tak bagus, mungkin boleh mengenyangkan tapi khasiatnya kurang. Ada perisa tambahan pula tu. Kerana perisa itulah yang membuatkan kita ketagih nak makannya sampai tak sedar berat badan dah naik!

HOTSuku-suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan, Jom Cuba!

Yang kita nak, sihat dan mengenyangkan. Dalam overnight oat ada nutrisi yang diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, lemak dan serat. Tak perlu ambil suplemen mahal-mahal dah. Makan je yang ada depan mata, mudah didapati bahannya, murah dan tak bahayakan badan. Kalau ambil suplemen, belum tentu boleh dapat berat badan impian, harganya pula ada yang melampau.

Percaya tak kalau Mai kata overnight oat boleh mengurangkan berat badan? Alhamdulillah Mai dah buktikannya, berat badan berkurang! Tanpa apa-apa suplemen atau ubat kurus. Janji sarapan pagi jangan skip ye, senaman pun kena buat.

Selamat mencuba! Jom sihat sama-sama.



10 ulasan for "Amal Overnight Oats, Mengurangkan Berat Badan!"